13 Disember 2010

KLIMS 2010 @ THE EVENT

Catatan Ayah

Khamis / 9 Disember 2010


Kini tibalah hari yang ditunggu semenjak sebulan yang lepas. Segala perancangan yang dibuat, terlaksana sudah hari ni.

Dalam pukul 11:00 pagi, aku dan famili mula bergerak dari Kota Damansara, menuju ke PWTC. Hanya satu tujuan, iaitu mengunjungi pameran KLIMS 2010 yang sedang berlangsung dari 3 Disember 2010 hingga 12 Disember 2010.

Pusing punya pusing, akhirnya kami sampai PWTC dalam pukul 1:30 petang. Parking kat luar PWTC kena RM 2.00.

Pameran diadakan di Dewan Tun Hussein Onn. Kat luar tak nampak macam ramai pun yang datang.


Untuk masuk ke dalam dewan pameran, kami mengambil tiket pakej keluarga yang berharga RM 30. Anak-anak pula masuk free...


Kat sini baru nampak ramai orang. Nak beli tiket pun kena beratur panjang. Bermacam-macam karenah orang yang aku nampak, yang tua, yang muda, lelaki, perempuan dan berbagai-nagai bangsa. Yang pasti, mereka semua ni semestinya peminat dunia permotoran disamping membawa anak-anak berjalan-jalan.


Yang paling nampak teruja adalah anak-anak aku. Tiket pun dah dapat. Setiap tiket akan dapat borang cabutan bertuah dan aku dapat 2 borang.


Antara hadiah-hadiah cabutan bertuah adalah Toyota Primus, Proton Saga dan Skuter Naza.

Toyota Primus dan Proton Saga untuk pemenang cabutan bertuah

 Skuter Naza yang dijadikan hadiah cabutan bertuah

 Barisan skuter Naza untuk cabutan bertuah

Terdapat empat hall yang menempatkan pameran. Jadi sebelum masuk ke dalam, aku teliti dulu peta perjalanan yang perlu diikuti.

Peta untuk ke pameran

 Beratur untuk masuk ke dalam dewan pameran, berpusing-pusing...

p/s: hati aku begitu teruja, tak sabar-sabar untuk melihat apa yang ada di dalam sana...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

7 Muharram 1432 / 13 Disember 2010


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...