15 Disember 2010

KLIMS 2010 @ CHEVROLET's BOOTH

Catatan Ayah

Khamis / 9 Disember 2010


Booth terakhir dalam hall ni yang kami lawati adalah booth Chevrolet.

Chevrolet mempamerkan kereta Chevrolet Camaro iaitu kereta yang boleh bertukar menjadi Bumblebee iaitu salah satu watak dalam filem Transformers.

Selain daripada Chevrolet Camaro, mereka juga mempamerkan model terbaru iaitu Chevrolet Cruze yang sekarang ni sedang rancak dipromosikan di seluruh negara.

Chevrolet juga mempamerkan kereta vintagenya yang menarik dan 'cantik'...

Inilah Chevrolet Camaro 'Transformers'.





Chevrolet Cruze yang 'standard' dan yang telah diubahsuai untuk kegunaan litar...




Dan Chevrolet vintage yang menarik dan 'cantik'....ala-ala koboi gitu...he he he ...



Maka, selesailah penjelejahan kami sekeluarga disekitar dewan ini...

Kemudian kami keluar dari dewan dan berehat sekejap kat luar dewan untuk memanaskan badan yang sudah agak kesejukan dek kerana air-cond yang agak kuat tadi.

Bergambar sebelum keluar dewan

Selepas memanaskan badan sedikit, penjelajahan diteruskan lagi ke dewan yang lain pulak di bangunan yang bersebelahan.

Bila sampai di sana, kelihatan anak-anak agak keletihan. Jadi kami berhenti, duduk dan makan bekalan makanan yang dibawa ala-ala berkelah gitu.

Duduk berkelah sambil makan-makan...

Dari tempat kami lepak, nampak booth Kia dan Peugeot. Jadi destinasi kami seterusnya adalah booth Kia.

Sebelum sampai ke booth Kia, kami singgah sekejap melihat booth yang mempromosikan produk-produk mereka.

Booth Ecotint...



p/s: nak pi sembahyang maghrib dulu...sat lagi la sambung balik...InsyaAllah...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

9 Muharram 1432 / 15 Disember 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...