18 Disember 2010

KLIMS 2010 @ BATMAN's BOOTH

Catatan Ayah

Khamis / 9 Disember 2010


Bab Batman ni aku tak berapa minat pun tapi dah anak-anak teruja nak lihat, jadi aku pun singgah sekejap.

Siri kartun Batman ni dah lama ada. Semenjak aku kecil lagi.

Sekarang ni, dengan menggunakan teknik CGI, filem-filem Batman sudah nampak real dan jadi tumpuan orang ramai di panggung-panggung untuk menonton kisahnya.

Aku kurang minat sikit menonton cerita-cerita Batman ni sebab kebanyakan scene filem-filem Batman berlatarbelakangkan Bandar Gotham yang gelap.

Itu sekadar pendapat peribadi aku saja. Maaf jika peminat-peminat Batman tidak bersetuju dengan pendapat aku.

Jadi sekadar mengikut kehendak anak-anak (kerana bersetuju mengikut aku pusing-pusing tengok kereta dan motor) aku bawa mereka untuk melihat-lihat pameran Batman di KLIMS ni.

Kali ni, Batman mempamerkan kereta kebanggaannya iaitu Batmobile dan sebagainya.

Ada juga sesi bergambar di sisi Batmobile tetapi kena bayar sebanyak RM10.

Kat sini aku tampalkan gambar-gambar sekitar booth Batman, kot-kot ada peminat Batman yang tak sempat ke PWTC untuk melihat gambar-gambar sekitar booth Batman ni.

 Batmobile...

 Batcycle...

 Batcycle...

 Senjata yang digunakan oleh Batman...

 Senjata Batman

 Batmobile

 Batmobile...

Bergambar dengan Batman dan Robin...

Kami hanya berhenti sekejap melepaskan penat setelah hampir 4 jam menjelajah KLIMS ni.

Kat tingkat ni selepas Batman, terdapat booth Misubishi dan  Hyundai.

  Berehat sambil makan bekalan makanan...

p/s: mengantuk pula...esok sajalah sambung lagi...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

12 Muharram 1432 / 18 Disember 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...