18 Disember 2010

KLIMS 2010 @ AFTER EVENT

Catatan Ayah

Khamis / 9 Disember 2010

Kini berakhirlah penjelajahan kami sekeluarga di KLIMS 2010 ni.


Sedar tak sedar hampir 5 1/2 jam kami meronda-ronda sekitar pameran. Dari Hall 1 hinggalah Hall 4 serta dewan khas disediakan untuk Toyota dan Honda.


Tujuan aku membawa famili aku ke sini pun telah tercapai. Selain dari memenuhi minat aku dalam bidang permotoran, menambah ilmu dan pengalaman dalam bidang ini, aku juga dapat luangkan dan habiskan masa-masa berkualiti dengan keluarga disamping membawa anak isteri berjalan-jalan cuti hujung tahun.


Disamping itu, dapat juga tunjukkan anak-anak tempat-tempat menarik serta mercu-mercu tanda sekitar Kuala Lumpur bagi menambahkan ilmu pengetahuan mereka. Aku juga telah suruh anak aku tuliskan journal perjalanan ini mengikut kaca matanya dan mengikut ayat-ayatnya sendiri supaya percutian ini bukan hanya sekadar berjalan-jalan tetapi sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu mereka.


Teringat aku semasa hendak keluar dari dewan tadi, akibat kealpaan sendiri, nyaris-nyaris kehilangan Bang Cik kerana dia asyik dengan mainannya dan tidak mahu dipegang tangan. Tiba-tiba, entah macam mana, Bang Cik telah berjalan sendiri dengan cepat mengikut langkahnya dan menyelinap di celah-celah orang. Jenuh juga mencari. Alhamdulillah, salah seorang hamba Allah telah menunjukkan di mana Bang Cik berada dan aku dapat mengambilnya.


Kesimpulannya, aku berpuas hati dengan pameran ini. Jika diberi tahap antara 1 hingga 10, aku berikan 7/10. Ini adalah kerana, penyertaan syarikat-syarikat pengeluar kereta agak berkurangan jika dibandingkan dahulu serta kurangnya penyertaan pengeluar-pengeluar motorsikal yang lain.


Bahkan dulu masih aku ingat lagi, bukan sekadar kereta, syarikat-syarikat pengeluar bas dan lori pun ada yang menyertai pameran KLIMS ni. Tapi itu semasa aku datang pada tahun 1994 dululah.


Cuma aku amat berpuas hati dengan penyampaian teknologi masa kini dan akan datang oleh pengeluar-pengeluar yang menyertai serta penampilan model-model terbaru.

Semasa kat tempat letak kereta, sempat juga melihat kereta Audi TT Coupe.




Cuma kepuasan hati melihat pameran ini telah terencat sedikit dek akibat kesesakan jalan raya semasa pulang ke Kota Damansara.




Apa-apa pun, terima sajalah. Dah ini kehidupan di Kota Metropolitan Kuala Lumpur.

p/s: Alhamdulillah...walaupun dalam rasa keletihan berjalan, kami sekeluarga dapat bergembira...jumpa lagi jika ada kesempatan di masa hadapan...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

12 Muharram 1432 / 18 Disember 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...