19 Disember 2010

JALAN-JALAN MUZIUM NEGARA

Catatan Ayah

Jumaat / 10 Disember 2010


Aktiviti hari ni bersama keluarga adalah lawatan sambil belajar (khas untuk anak-anak aku) ke Muzium Negara.

Akhir sekali aku datang ke Muzium Negara ni rasa-rasanya semasa aku belajar di sekolah rendah dulu dalam tahun 80-an. Semenjak itu aku dah tak pernah datang ke sini lagi. Jadi ini adalah kali ke 2 aku datang selepas lebih dari 20 tahun.



Banyak rasanya perubahan yang telah berlaku.

Muzium Negara terletak di Jalan Damansara berhadapan dengan KL Sentral. Ia dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang.




Muzium Negara telah dibuka pada 31 Ogos 1963 oleh DYMM Yang Di-Pertuan Agong ke-3 Almarhum Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum  Syed Hassan Jamalullail.

Bayaran masuk adalah RM2 untuk dewasa dan kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke atas dan percuma kepada kanak-kanak yang beruniform sekolah.



Kita dibenarkan untuk mengambil gambar cuma tidak dibenarkan menggunakan flash. Sebab musabab kenapa tidak dibenarkan menggunakan flash tu tak taulah.

Galeri di dalam Muzium Negara ni terbahagi kepada 4 galeri. Galeri A menceritakan mengenai sejarah awal manusia, Galeri B menceritakan perihal kerajaan-kerajaan Melayu, Galeri C menceritakan era kolonial dan Galeri D menceritakan perihal Malaysia kini.

Bersebelahan dengan bangunan utama adalah Muzium Etnologi Dunia Melayu.


Jadi kat sini, aku nak share sedikit sebanyak gambar dan info yang aku dapat lihat sekitar Muzium Negara.

Batu yang tertera kalimah Allah


 Gambar diambil dari jarak dekat

 Monumen Hang Tuah seperti yang ditengok dalam buku-buku sejarah kat sekolah dulu..TA' MELAYU HILANG DI-DUNIA

 Kitab suci Al-Quran tulisan tangan yang berumur 100 tahun

 Batu Ibnu Sardan (replika) yang ditemui di Lembah Bujang, Kedah yang membuktikan munculnya peradaban Islam di Lembah Bujang

 Ufti Bunga Mas

Pengisytiharan Kemerdekaan

  Perdana Menteri Malaysia...ada yang kata teori R.A.H.M.A.N...

Teori R.A.H.M.A.N. yang diperkatakan oleh sebahagian ahli politik iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussien Onn, Tun Mahathir Mohamed, Tun Abdullah Ahmad Badawi (ada yang mengatakan sepatutnya Anwar Ibrahim) dan Dato' Najib Tun Razak.

Cita-cita yang ditulis dalam buku rekod sekolah rendah dahulu yang tak kesampaian

Antara bangunan-bangunan yang bersejarah sekitar Kuala Lumpur...



Adakah bangunan-bangunan ini akan jadi bahan sejarah dan senibina sejarah lagi 100 tahun akan datang? Fikir-fikirkanlah...




p/s: Alhamdulillah, dapat sedikit sebanyak ilmu sebagai pengetahuan diri sendiri dan anak-anak...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

13 Muharram 1432 / 19 Disember 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...