28 Disember 2010

FRP

Catatan Ayah

Sabtu / 25 Disember

FRP...atau dengan kata lain...Fibreglass Reinforced Plastics adalah salah satu jenis penapis yang dipasang di premis-premis sama ada kediaman atau perniagaan.

Selalunya, pengguna akan memasangnya selepas meter air..bertujuan untuk menapis kotoran kasar sehingga saiz 5 mikron yang terdapat di dalam air yang dibekalkan oleh JKR atau pihak yang betanggung jawab.

Kebaikan pemasangan FRP ni adalah, kita sebagai pengguna boleh membersihkan dan membuang kotoran yang tersangkut di dalam FRP tanpa perlu menukar kandungan penapis...dengan cara membuat 'backwash'..

Kandungan FRP ni terdiri daripada batuan yang mempunyai 3 saiz iaitu 2.4mm x 4.8mm, 2.4mm x 1.2mm dan 1.2mm x  0.6mm serta 'silica sand'... kadang-kadang ada 'customer' minta dicampurkan dengan serbuk karbon yang mana dapat menyerap klorin...

Dan ini menjadikan FRP ni seberat 80kg (berat kering)...

InsyaAllah...dengan pemasangan FRP ni, dapat membersihkan air dari kandungan-kandungan selut dan karat yang terdapat dalam air..

Hari ni, Alhamdulillah...aku dan Own selesai lagi satu pemasangan FRP di Taman Guru Jaya, Kangar...di rumah En Zul..


Kerja-kerja dilakukan mengambil masa lebih kurang sejam...dan Alhamdulillah...tiada sebarang masalah berbangkit...

Pakej yang dibeli oleh En Zul ni termasuk '6 stages energy water filter' model EWS 888 yang dipasang di dalam rumah...

EWS 888 ni adalah sejenis penapis 6 'step' yang mengandungi:

1. Penapis seramik yang boleh dicuci dan digunakan sehingga pecah
2. Karbon
3. Resin
4. FIR...Far Infra Red...
5. Batuan mineral
6. Karbon


Penapis ni dipasang di dalam rumah untuk kegunaan minuman dan masakan...dan dipasang terus ke kepala paip...

p/s: jika ada sapa-sapa yang berminat nak tau lebih lanjut...boleh 'call' aku atau tengok kat sini...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

22 Muharram 1432 / 28 Disember 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...