25 Disember 2010

FORD FOCUS 2.0 S

Catatan Ayah

Sabtu / 25 Disember 2010

Waktu berjalan balik office, terjumpa kereta ni dok parking kat tepi jalan. Pada pandangan aku, kereta memang nampak menarik.

Dok tengok-tengok, kereta ni adalah Ford Focus yang baru.


Teringat aku pada kereta pertama dulu yang aku beli pada tahun 1994 dulu. Kereta pertama aku dulu juga Ford iaitu Ford Laser Ghia 1.5L keluaran tahun 1988...warna putih. Aku beli kat Sungai Petani selepas setahun bekerja kat Sharp-Roxy Sungai Petani.


Selepas 2 tahun guna, aku tukar kereta, juga dari jenama Ford. Masa tu aku tukar ke Ford Laser Ghia Sedan 1.5L  keluaran tahun 1995 pula sebab kereta Ford yang lama mengalami kerosakan chasis...mungkin sebab selalu sangat dok race kot...he he he..


Lama juga aku guna Ford 1995 tu...tapi pada tahun 2001, aku jual Ford tu dan tukar kepada Proton Waja.

Ford...seingat aku dah lama berada kat Malaysia ni...seingat aku dulu Ford Escort...cukup tahan lasak. Selepas era Ford Escort, datang pula Ford Laser yang orang panggil Ford mata jerung...kemudian Ford "Sampan"...dan yang moden la ni...inilah Ford Focus...


Ford Focus 2.0 Sport ni...rasa-rasanya keluaran tahun 2010 menggunakan enjin Duratoq TDCi Powershift...cukup best rasanya...kalau mampu...Harga pulak rasanya dalam lingkungan RM 112,888...


Dah tak mampu nak beli...dan tak dapat nak merasai pemanduan macam mana...aku tanya kat Pak Cik Google...kot-kot dia tahu nak review kat mana...

Lepas tu Pak Cik Google habaq kat aku suruh tengok kat sini dan sini...

Oklah...selamat "memandu"....

p/s: yang bestnya...Ford Focus ni....ia guna diesel....

19 Muharram 1432 / 25 Disember 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...