06 Disember 2010

DR CERMIN

Catatan Ayah

Isnin / 6 Disember 2010


Dalam banyak-banyak doktor...cermin pun ada doktor...itulah zaman sekarang yang semakin maju...sampaikan cermin pun kena jumpa doktor...


Inilah "Klinik" Dr Cermin...terletak di Jalan Lencongan Barat...antara persimpangan Masjid Aman dan persimpangan trafic light Lebuhraya Alor Setar (S)...

Kereta adik aku..Viva telah mengalami keretakan cermin...terkena batu yang terjatuh dari lori...


Mulanya...pekerja Dr Cermin tu advice...tukar cermin baru saja...yang berharga RM 500...

"Mahalnya....", detik hati aku...

"Tak boleh repair ke?", tanya aku...

"Boleh repair....tapi tak berapa elok...",jawab pekerja tu...

Selepas berbincang dengan adik aku...kami minta dia repair saja...sebab budget tak cukup...

Semasa repair...

Semasa repair..tempat ke-2..

Selepas repair...

Selepas repair...tempat ke-2..

Kos repair dalam RM 180....berbanding kalau tukar cermin RM 500...dan ketahanannya boleh menjangkau sehingga 2 ke 3 tahun...agak berbaloi tu...cuma dari pandangan mata...tak berapa elok sikit sebab kesan pecahan yang agak besar...

Aku ada tips untuk mengelakkan perkara ini berlaku iaitu...jika kita mengikut lori yang membawa batu...elok turunkan sikit cermin sisi agar suhu dalam kereta (bila on air-cond) tidak berbeza dengan banyak dengan suhu luar...dan tekanan dalam kereta dan luar sama...

Punca pecahan cermin berlaku apabila suhu luar yang panas dan suhu dalam kereta yang sejuk...dan tekanan luar agak tinggi berbanding dalam kereta...bila batu walaupun kecil jatuh atas permukaan cermin...maka cermin tak mampu menahan hentakan batu itu...

Aku pernah cuba tips ini semasa memandu kereta aku...dan ia berkesan walaupun batu yang agak besar terjatuh atas cermin kereta...Alhamdulillah...sehingga sekarang...cermin kereta aku masih ok...

p/s: semoga tips ni membawa sedikit manafaat kepada kita semua...

29 Zulhijjah 1431 / 6 Disember 2010


1 ulasan:

  1. sesiapa yang ingin mendapatkan perkhidmatan membaiki cermin retak.jumpa dengan saya.murah berbanding dr cermin 012-4615210

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...