30 Disember 2010

DI DAPUR IBUKU

Catatan Ayah

Rabu / 29 Disember 2010

Setelah beberapa bulan... baru malam ni aku dan keluarga berpeluang ke sini... ke mana?..

Ke sinilah... ke D' Dapur Ibuku...

Dihadapan restoran

Restoran ni baru beberapa bulan dibuka... dan tiap-tiap hari nampak ramai sungguh pengunjung.. jadi rasa teringin juga nak merasa... sedap tegha mana masakan dia...

Restoran ni terletak di antara UA Motors dan JKR... di Taman Sentua... dulunyanya premis ni adalah sebuah tadika... tapi dah diubahsuai menjadi restoran..

Sempat bersembang dengan penjaga kaunter kat sini...(mungkin owner kot...).. katanya restoran D'Dapur Ibuku ni buka setiap hari... dari jam 11 pagi sampai 2 pagi... dan ahad dari 4 petang sampai 2 pagi...

Ini adalah kali pertama aku dan family datang menjamu selera kat sini... jadi ini adalah pandangan pertama dan pendapat pertama aku sebagai pelanggan..

Apa yang aku nampak.. suasana tempat makan dan kebersihan agak memuaskan.. dan ada 2 bahagian iaitu bahagian bawah dan bahagian atas yang makan sambil bersila... guna meja rendah... stail jepun..

Menunya terdiri dari masakan melayu, ala-thai dan western.. ada goreng-goreng, rebus dan sup serta makanan hidangan.. dan berbagai-bagai minuman dan ais krim..

Makanan yang telah diorder pun cepat sampai...

Decoration nampak menarik... agak berlainan dari kedai-kedai makan yang lain... dan dari segi harga makanan dan minuman pun lebih kurang saja...

lagi satu kat sini... ada kemudahan wi-fi...

Malam ni kami order nasi goreng kampung, nasi goreng paprik, nasi goreng pattaya, nasi goreng biasa dan sup ayam... minuman pula nescafe tarik, nescafe suam, milo tarik, teh ais dan oren bancuh...

Semua sekali makan dan minum untuk 5 orang dalam RM 35.80...

Rasanya inilah kali pertama aku lihat ramai pelanggan berbangsa cina yang menjamu selera kat restoran melayu kat Perlis... sebelum ni dok tengok kat restoran-restoran lain... taklah ramai sangat... adalah dalam sorang dua..

Jom... kita layan gambiran suasana kat restoran D' Dapur Ibuku ni... =)

Pintu masuk ke restoran... boleh massage kaki tu...he he he =O

Suasana ruang makan kat tingkat bawah... makan sambil layan Malaysia vs Indonesia... ;)

Tangga yang menghubungkan tingkat atas dan tingkat bawah.. yang syoknya... nak makan tepi tangga pun boleh... dah siap ada meja... =)

Kat tingkat atas siap ada taman berumput carpet.. beb... bukan rumput plastik... tapi rumput betoi... \m/

Haa.. makan macam ni baru klear... selesa dan tak kacau orang... =P

Antara hidangan yang kami order...

Nasi goreng pattaya... ;P

Sup ayam.. agak pedas sikit.. ala-thai.. ;D

Nasi goreng paprik...

Nasi goreng kampung... dah orang kampung yer tak... =)

Nasi goreng biasa...

Suasana ruang makan tingkat atas... open air sambil menikmati keindahan bulan...makan sambil bersila... santai bersama keluarga...

 Kain batik dijadikan siling bumbung yang menutupi bahagian meja makan... sekali tengok... cantik juga  =D

 Hiasan dalaman juga menarik... B)

Secara keseluruhan... pendapat aku masakan boleh tahan... dan tak malulah nak rekomen kat kawan-kawan... bagi yang nak bilik berair-cond pun ada..

p/s: tokeh D' Dapur Ibuku kena bagi diskaun kat aku ni... sebab buat review restoran dia...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

24 Muharram 1432 / 30 Disember 2010

5 ulasan:

  1. elok jugak wat review utk bisness sedara seagama kita...

    BalasPadam
  2. betul tu tuan... sapa yang nak support sedara seagama kita kalau bukan kita sendiri...

    kalau mai Perlis... boleh cuba tengok.. dekat saja dengan rumah saya...

    BalasPadam
  3. http://imzen.blogspot.com/2011/06/tauke-hensem-aaron-aziz-belanja.html

    sokong la dia!

    BalasPadam
  4. baru ku tahu...rupa-rupanya kat Alor Star pun ada cawangan restoran ni...

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...