25 Disember 2010

CUKA KURMA

Catatan Ayah

Sabtu / 25 Disember 2010

Cuka....apakah itu cuka?

Aku ada mencari sedikit info mengenai cuka dan cuka kurma iaitu cuka yang dibuat dari kurma. Informasi ni aku dapat dari sini untuk kita kongsi bersama...


Pernah tak terfikir macam mana orang-orang Arab mampu "hadap" seekor kambing..tanpa perlu risau nak kena darah tinggi ke...kolesterol ke...dan macam-macam lagi...

Bersabda Rasulullah S.A.W., ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah Khal. Ya Allah berkatilah pada Khal, sesungguhnya Khal adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus Khal dalam suatu rumah.” (Hadis riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)


Inilah dia...sebab depa menggunakan cuka kurma (Khal)...


Cuka dibuat dengan memeram buah-buahan seperti kurma, epal dan lain-lain. Dari jus menjadi alkohol...kemudian menjadi yis...kemudian menjadi asid asetat..dan akhirnya menjadi cuka..


Seperti kebanyakan orang tahu, kurma adalah makanan sunnah...yang mana ia mempunyai beberapa kebaikan dan khasiat seperti mengubati masalah darah, masalah usus, masalah hati, hempedu, lemah jantung, menambahkan air mani, masalah kerongkong dan mulut, menambahkan nutrisi tubuh badan, mematikan kuman (bakteria), masalah migrain dan penawar racun dalam badan yang sangat baik.


Bersabda Rasulullah S.A.W., “Sesiapa yang makan tujuh buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu lafaz: tamar dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat dari bisa, racun dan sihir pada hari itu”. (Hadis riwayat Imam Bukhari 10/203, dan Imam Muslim)


Ini adalah fakta mengenai keperluan cuka kurma untuk tubuh badan kita yang aku baca di sini...


Cuka kurma mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena,  vitamin P (bioflavonoid) dan kaya dengan kandungan potassium (keremajaan kulit). Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid dan garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya.


 

Cuka kurma juga mempunyai khasiat yang baik seperti mana Ibnu Sina dalam kitab beliau Al-Qanun Fi Al-Tib menyatakan bahawa “Cuka kurma dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”. Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909.

Ibnu Qaiyyim dalam kitab beliau Al-Tib Al-Nabawi menyatakan cuka kurma bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu), mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian. Cuka kurma dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid). Cuka kurma bermanfaat mengatasi masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut), menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan masalah dahaga (panas badan), mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun). Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.
Jadi...jom kita kembalikan pemakanan sunnah...dengan makan makanan
yang menggunakan cuka kurma. Semoga...InsyaAllah kita mendapat kesihatan
yang sempurna dan dapat mengerjakan ibadah kita kepada Allah dengan sempurna...



p/s: kalau sapa-sapa nak cuka kurma ni...boleh contact aku...


"Pengalaman membentuk keperibadian..."
 19 Muharram 1432 / 25 Disember 2010

1 ulasan:

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...