11 Disember 2010

ROUTE TO KLIMS 2010 @ BUTTERWORTH (2)

Catatan Ayah

Selasa / 7 Disember 2010


Akhirnya, dalam pukul 12:30 tengahari aku dan family sampai ke Stesen Keretapi Butterworth.


Khabarnya, di sinilah tempat penukaran kepala keretapi. Tak tau pulak kebenarannya. Lagipun tak jumpa pulak sesiapa yang berkenaan untuk aku tanya.



Stesen Keretapi Butterworth ni terletak berhampiran dengan stesen bas Penang Sentral dan Terminal Feri. Ini bermakna, orang ramai boleh memilih untuk menaiki mana-mana kenderaan awam mengikut keperluan masing-masing sama ada bas, teksi, feri mahupun keretapi. Cuma stesen ini menjadi stesen keretapi KTMB untuk antara bandar sahaja. Belum lagi berfungsi seperti stesen keretapi Ipoh yang menyediakan perkhidmatan shuttle.

Suasana sekitar jeti feri yang terletak bersebelahan dengan stesen keretapi..

Laluan antara stesen keretapi, terminal feri, stesen teksi dan stesen bas dihubungi dengan jejantas, siap ada escalator lagi bagi sesiapa yang tak larat nak guna tangga. 

Disebabkan keretapi yang bakal aku naik dalam pukul 3:30 petang dan keretapi pun belum sampai lagi, aku mengambil keputusan untuk bawa famili berjalan-jalan melihat kawasan sekitar.

Jalan punya jalan, akhirnya kami berhenti dekat kawasan penjaja yang terletak di hadapan stesen bas Butterworth atau dikenali sebagai Penang Sentral.


Macam-macam ada di sini. Bak kata abang peniaga tu, "Abang habaq saja nak makan apa, semua ada."...

Kat sini, aku dan famili makan nasi goreng, nasi putih dan nasi goreng masak kicap serta minum nescafe tarik, milo suam, teh 'o' ais dan sirap bandung. Semuanya berharga RM 20 iaitu makan RM 15 dan minum RM 5...

Selain dari gerai-gerai makanan, terdapat juga gerai-gerai menjual makanan ringan, snack dan jeruk (makanan yang sinonim dengan Pulau Pinang).



Macam-macam ragam manusia aku dapat lihat di sini. Ada yang masih nampak kemelayuannya dan ada juga yang sudah nampak kebaratannya walaupun hanya seorang melayu. Tak lupa juga golongan-golongan yang dipanggil "anak mami", selain dari "mamak" yang terkenal dengan nasi kandarnya.

Selesai makan dan minum, sekadar lapik perut, aku dan famili mengatur langkah kembali ke stesen keretapi. Cuaca pun dah semakin mendung nampaknya dan sudah mula menitiskan rintik-rintik hujan.

Sebelum tu, kami beli sedikit bekalan makanan dan minuman, mana tau kot-kot lapar dalam perjalanan nanti. Dalam 10 minit berjalan, kami sampai kembali ke stesen keretapi. Jam baru menunjukkan pukul 1:30 tengahari, lambat lagi keretapi nak sampai.


Selepas sembahyang jamak taqdim zohor dan asar, kami pusing-pusing sekitar stesen. Tak ramai lagi orang yang datang. Di dalam stesen keretapi ni terdapat satu sudut yang dibuat mini muzium yang meletakkan barang-barang lama hak milik KTMB.







Dalam pukul 2:00 petang, baru nampak orang membanjiri perkarangan stesen. Ramai juga yang menggunakan perkhidmatan keretapi ni.

Satu kelemahan yang aku rasa bila menggunakan perkhidmatan keretapi ni adalah masa menunggu. Seperti juga jika menggunakan perkhidmatan kapal terbang, cuma membezakan antara kedua-dua ni adalah harga tiket.

Tapi kalau nak mengejar masa, baik naik kenderaan sendiri, betul tak. 

Setelah jemu berada dalam stesen, kami berjalan-jalan pula sekitar platform...


Di sini pun terdapat KM 0...ingatkan kat Kangar sahaja...


p/s: keretapi lambat lagi ni.....

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

11 Disember 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...