06 Disember 2010

KEUNTUNGAN UNIT AMANAH

Catatan Ayah

Isnin / 6 Disember 2010


Alhamdulillah...sudah 2 tahun aku buat pelaburan dalam saham unit amanah Public Mutual...dengan menggunakan wang simpanan akaun 1 KWSP...dan kini keuntungan aku sebanyak 30%...dengan kata lain 15% setahun...berbanding keuntungan yang diberi oleh KWSP...cuma dalam lingkungan 5% setahun sahaja...

Jadi tadi aku telah ke Public Mutual Alor Star untuk buat switching...iaitu memindahkan keuntungan sebanyak 30% tadi ke dalam akaun Islamic Bond dan membiarkan modal dalam akaun pelaburan Islamic yang dilaburkan di pasaran terbuka....


Mudah-mudahan...insyaAllah...lagi setahun atau 2 tahun akan datang...dapat lagi keuntungan seperti ini...untuk simpanan hari tua...

p/s: kalau ada sesiapa yang nak invest simpanan KWSP atau secara cash...boleh hubungi aku untuk keterangan lanjut...dan selok belok pelaburan unit amanah...kerana aku adalah Unit Trust Consultant yang berdaftar dengan Public Mutual Berhad...

29 Zulhijjah 1431 / 6 Disember 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...