02 Disember 2010

ANDAMAN 2

Catatan Ayah

Rabu / 1 Disember 2010


Just nak share info...mengenai kedai makan ni...


Terletak di Repoh...tepi jalan antara Kangar dan Jejawi...agak selesa menjamu selera...tambah-tambah lagi sekarang ni dah masuk musim angin timur...bak kata Dato Shahidan Kassim...winter wind...malam-malam memang sejuk...

Ruang parking yang agak luas...serta ruang makan yang agak selesa...


Makanan yang terdapat di sini...seperti kebiasaan kedai-kedai makan kat Perlis ni adalah masakan ala thai dan seafood...

Harga pulak bagi aku agak berpatutan serta service yang agak cepat dan memuaskan...

Bihun kuah...

 Bihun tomyam

Tadi...aku sekeluarga makan bihun kuah, bihun tomyam, mee bandung, nasi goreng biasa, nasi goreng ikan masin dan nasi goreng kampung serta air nescafe tarik, nescafe suam, milo suam, sirap dan teh 'o' ais....kosnya sebanyak RM 30....

Bagi kawan-kawan yang datang ke Perlis...boleh try untuk menjamu selera...

p/s: aku bukan dapat komisen pun dok promote kat sini...cuma untuk berkongsi info...

25 Zulhijjah 1431 / 2 Disember 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...