23 November 2010

SEORANG IBU @ ISTERI

Catatan Ayah

Selasa / 23 November 2010


Seorang yang bergelar ibu atau emak atau mama atau ummi dan sebagainya kepada anak-anaknya....dan juga seorang isteri buat suaminya...

Adalah seorang insan yang punya banyak jasa kepada kita semua...tanpanya maka hidup seseorang itu akan pincang...tak kira apa status seseorang itu...baik orang kebiasaan, seorang kenamaan...dan sebagainya...

Aku dah masuk hari ke-2 demam...dan isteri aku sudah mula demam...tadi suhu sudah meningkat 38 darjah celcius...

Disebabkan aku yang masih demam...dan isteri merangkap ibu kepada anak-anak aku mula demam...dengan anak-anak yang masih kecil yang tak tahu-menahu akan erti kehidupan...maka....inilah makan malam kami sekeluarga...kesian kat isteri yang dah tak larat dan tak mampu untuk memasak...






Ini cuma sedikit ujian Allah kepada kami sekeluarga...cuma sedikit nikmat ditarik balik....namun aku masih bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana kami sekeluarga masih mampu untuk hidup...tak seperti orang lain yang lebih berat ujian yang diterima....

Alhamdulillah....kami sekeluarga bersyukur ke hadrat Allah....


Terima kasih juga diucapkan kepada isteri aku dan emak aku yang menjaga makan pakai kami selama ini....

p/s: aku memohon kepada Allah...sepeninggalan aku ke Langkawi esok untuk menunaikan tugas...tidak ada apa-apa yang serius berlaku kat rumah....Amin...

"Pengalaman membentuk keperibadian"

16 Zulhijjah 1431 / 23 November 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...