14 November 2010

SEMINAR RAHSIA PELAJAR JUARA

Catatan Ayah

Sabtu / 13 November 2010


Pagi-pagi lagi aku sekeluarga bersiap untuk ke Seminar Rahsia Pelajar Juara...yang diadakan di IKM, Sungai Petani..perancangan awal diadakan di Dewan MBAS, Alor Star tetapi telah ditukar ke Sungai Petani atas sebab berlakunya banjir besar baru-baru ini...

Kami bertolak seawal 7:00 pagi...alhamdulillah jalan agak lenggang dan tiada sebarang masalah...disebabkan belum bersarapan...kami singgah sebentar kat R&R Gurun untuk membeli sedikit roti...untuk alas perut...


Di R&R Gurun...aku terlihat sebuah MPV yang meletakkan kenderaannya di tempat parking OKU...nampaknya masih ada rakyat Malaysia yang masih tak faham akan papan tanda tersebut...pada hal masih banyak lagi tempat parking yang lain masih kosong...sampai bila rakyat kita akan menjadi insan-insan yang betul-betul berdisiplin...


Kami sampai ke destinasi dalam pukul 8:55 pagi dan terus ke Dewan....dan seminar baru sahaja hendak bermula..Tak lama Dr Niki muncul dan memulakan seminar...


Program dimulakan dengan melukis gambaran kejayaan yang kita kehendaki....sama ada nak jadi jutawan...nak jadi pelajar cemerlang yang sedang terima anugerah dan sebagainya...ikut imaginasi masing-masing...


Berbagai-bagai ilmu yang diajar...fungsi otak...otak kanan dan otak kiri...dan berbagai-bagai lagi...kesimpulannya dapat diringkaskan...

  • Kita mesti mempunyai matlamat, sasaran, wawasan dan cita-cita...minda perlukan sasaran yang JELAS...
  • Bahasa minda adalah gambaran...jadi kena gunakan gambar dan visual untuk memberi arahan kepada minda...
  • Kekalkan emosi, jiwa dan kata hati yang positif...emosi adalah bahasa arahan untuk minda tak sedar...
  • Kata-kata mempunyai kuasa...jadi ulangkan perkataan-perkataan yang hebat...
  • Latih tubi mesti berulangkali....dan penuh impak...
  • Sentiasa berdoa untuk ketenangan...kejayaan datangnya dari SATU sumber iaitu Allah Yang Maha Esa..walau apapun...teruskan berusaha..

Dalam pada tu...seronok juga tengok adik dan Bangcik yang nampak macam tekun mengikuti perjalanan seminar...



Semasa rehat 10 minit...sempat bergambar kenangan bersama dengan Dr Niki Syuhada...


Seminar disambung kembali dengan kemunculan Adi Putra...seorang ikon genius matematik Malaysia...


Selain mengajar kaedah-kaedah penyelesaian matematik...Adi Putra juga memberi tips kejayaan...antaranya mesti ada cita-cita, idola dan impian...antara impian Adi Putra adalah untuk membina 2 satelit yang ditempatkan di angkasa dan di bumi....serta membina sebuah komputer kecil untuk orang-orang buta menggunakannya...


Ibu Adi Putra ada menceritakan pengalaman semasa mengandung...Ibu Adi Putra mengamalkan membaca surah Yusuf, surah Maryam dan surah Lokman...Adi Putra mula berminat matematik seawal umur 2 tahun...sering ikut abang dan kakaknya membuat homework sekolah...Adi Putra juga mengingatkan bahawa sifir adalah ibu kepada matematik...kanak-kanak seawal 2 tahun MESTI bermula untuk menghafal sifir...


Sekarang...Adi sudah menguasai 7 bahasa dunia...dan seorang Tahfiz Al-Quran...selain itu...pendapatannya mengajar putera sulung DYMM Yang Dipertuan Agong adalah RM 6,000 sejam...Adi Putra juga mengajar kami penyelesaian matematik dengan menggunakan berbagai-bagai kaedah antaranya kaedah bukit, pelangi, cakerawala....selain kaedah Algebra dan sebagainya....dan bagaimana menggunakan kreativiti otak untuk memudahkan penyelesaian masalah matematik...banyak lagi cerita-cerita Adi Putra yang tak boleh diceritakan di sini demi kesejahteraan dan kerahsiaan Umat Islam....kalau hendak tahu selebihnya...kenalah berjumpa denagn Adi Putra sendiri atau hadiri seminar-seminar yang dianjurkannya...


Memang Malaysia akan rugi kerana para pemimpin Malaysia meminggirkan kebolehannya....sebutir permata yang bersinar....yang nampak kebolehannya cuma pemimpin luar negara...yang berlumba-lumba ingin mengambilnya....

Bahkan...pihaknya ada meminta sedikit peruntukkan sebanyak RM 1 juta daripada  RM 111 juta dari belanjawan lepas yang diperuntukkan atas projek Permata Negara...untuk Adi Putra buat program khas kepada 30,000 anak-anak Malaysia untuk bijak matematik...tetapi permintaan itu tidak dilayan....sayang sekali...

Program seminar diakhiri dengan pembacaan sajak secara beramai-ramai....


Sempat juga kami sekeluarga bergambar kenangan bersama Adi Putra...yang kini baru 11 tahun...


Pendapat aku...memang tak rugi aku mengeluarkan duit sebanyak 4 tiket berharga RM 55/tiket untuk mengikuti seminar ini...demi motivasi untuk aku sekeluarga...lebih-lebih lagi kepada anak-anak...

Jika ada lagi seminar seperti ini...InsyaAllah aku akan turut serta lagi...

Lagi gambar-gambir sekitar seminar dapat dilihat di sini...

p/s: banyak ilmu dan pengetahuan yang dapat....alhamdulillah...

7 Zulhijjah 1431 / 14 November 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...