26 November 2010

ROTI GEDIK

Catatan Ayah

Jumaat / 26 November 2010

Lega sikit hari ni...selepas MC kelmarin...apa lagi...demam satu family...

Pagi-pagi lagi...selepas punch card...saja lepak-lepak sementara nak start kerja...nampaknya hari ni...aku dengan Mat Nor saja yang kerja...lain-lain kena ke Langkawi...ada team building programme...

"Nampak gayanya...hari ni...makan nasi lemak kat office sajalah..." terdetik dalam kotak fikiran aku...

Tapi tak lama...muncul Zamri..dan kemudian diikuti dengan Own...."Aik...tak pi lagi?.." soal aku...

"Feri pukul 10...." sambut Zamri....

"Jadi..jom makan...aku lapaq dah ni..." balas aku...

"Jom...." ucap Zamri...

Lalu aku, Zamri, Own, Nadzi dan Mat Nor terus ke kereta aku....kebetulan pula aku bawa kereta hari ni...menuju ke kedai makan....diikuti oleh Zarizi dengan menunggang motor...nak buat macam mana...Kenari tak muat...

Kami menuju ke Kedai Capati Gedik...nama yang kami beri kepada kedai ni....nak tahu kenapa?...cuba lihat menu di bawah...


Hari ni...selepas mood demam boleh dikatakan berakhir...aku saja nak kongsi mengenai kedai makan yang selalu aku dengan officemate bersarapan...sebelum mula kerja...

Kedai ni terletak berhadapan dengan Sekolah Menengah Putra....di Padang Katong, Kangar...ramai staf-staf HTF dan FMS bersarapan di sini....mungkin kerana layanan, makanan dan sebagainya...bergantung kepada citarasa masing-masing...tapi bagi aku...biasa saja...cuma ikut pendapat ramai...nak makan kat mana...

Antara menu yang ada di sini adalah roti jala, capati (dikenali juga dengan capati gedik), roti canai dan nasi lemak...nasi biasa berlauk pun ada...GEDIK...tak tau pulak nama tu datang dari mana...tapi kat menu tu ada tulis....mungkin sebagai tarikan kot...

Banjir besar yang lepas...habis kedai ni...air setinggi paras dada...khabarnya...dan kedai ni buka setiap hari dan tutup pada hari Isnin....cuti rehat kot...

So....kalau sesiapa nak rasa macam mana capati GEDIK dan sebagainya....datanglah sini...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

19 Zulhijjah 1431 / 26 November 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...