07 November 2010

PUSING TENGOK KESAN BANJIR

Catatan Ayah

Sabtu / 6 November 2010

Tadi...aku keluar belikan tiket bas untuk mak yang hendak ke KL pada 14hb nanti...sambil-sambil tu pusing-pusing tengok kesan banjir yang melanda Kangar....banyak dah tempat yang telah surut...cuma tinggal satu dua tempat lagi yang masih ada air...pihak bomba pun kelihatan mengepam keluar air dari Bangunan KWSP...


Air Sungai Perlis pun masih lagi banyak...tapi mengalir laju ke Kuala Perlis....


Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Raja Syed Alwi masih lagi ramai dengan mangsa-mangsa banjir yang belum dapat balik....

Kawasan Behor Lateh masih belum ada perubahan...


Bendang pusaka tinggalan Arwah ayah pun dah jadi macam laut...nanti kena pi buat repot polis mengenai banjir ni...dan buat bancian kat MADA untuk bantuan khas petani...


Batas ban pun turut dipotong dua agar air dapat dialirkan ke sungai....


Sebelah petangnya...aku sekeluarga pusing-pusing sekitar Jitra dan jalan ke Alor Star...nampaknya banjir sekitar Jitra semakin surut...cuma setengah tempat masih belum berubah...


Kawasan Teluk Malik masih lagi dipenuhi air dan jalan masih ditutup...


Rumah Mak Lang kat Sungai Korok pun masih belum surut...


Air banjir nampaknya semakin menenggelamkan kawasan-kawasan sekitar daerah Alor Star...


Jalan Pantai Johor juga sudah ditutup untuk laluan semua kenderaan....


Hinggakan setengah-setengah rumah menjadi seakan-akan pulau yang dikelilingi lautan yang luas...


Disebabkan laluan telah ditutup...aku berpatah balik dan terus ke Lubuk Kawah untuk melihat kesan banjir....Kak Yam sekeluarga masih belum pulang ke rumah walaupun banjir baru surut....kerana rumah perlu dibersihkan dulu...air telah naik sehingga ke cermin tingkap yang ke-4...


Esok baru kerja-kerja pembersihan rumah akan dibuat....

Lagi gambar-gambir sekitar banjir yang melanda Perlis dan Kedah boleh dilihat di sini...

p/s: ini semua adalah ujian Allah...maka kita harus menerimanya dengan redha...

30 Zulkaedah 1431 / 7 November 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...