12 November 2010

PROTON INSPIRA

Catatan Ayah

Khamis / 11 November 2010


Selepas sarapan kat kedai makan bersebelahan Balai Bomba Kangar...aku dan kawan-kawan lajak ke Idaman Suri yang terletak juga bersebelahan dengan kedai makan ni...

Idaman Suri adalah salah sebuah pengedar sah untuk Proton Edar...dan tujuan kami semua juga adalah untuk melihat Proton Inspira yang baru dilancarkan...

Memang benar...Proton Inspira adalah model gantian kepada Proton Waja dan rebadge daripada Mitsubishi Lancer GT...


Bentuk dan rupanya adalah sama dengan Mitsubishi Lancer...dari pandangan aku..yang berbeza cuma facelift sahaja...

Harga yang ditawarkan adalah antara RM 78,549 hingga RM 91,999...segala detail pricelist boleh dilihat di mana-mana cawangan Proton Edar...cuma model yang dipamerkan hari ni adalah dari model 1.8CVT...


Keempat-empat tayar menggunakan rim bersaiz 16", ABS dan EBD...brek depan adalah ventilated disc 15" dan belakang adalah solid disc 14"...



Manakala saiz tayar yang digunakan adalah 205/60 R16 92J dan rim alloy 16" x 6.5J...


Dashboard nampak simple...dan pada pandangan aku...nampak agak mewah...


Ruang bonet....masing-masing punya pendapat...ada yang kata agak luas, ada yang kata tak luas...ikut citarasa sendiri...


Tetapi..mengikut katalog...ruang bonet ni mampu memuatkan sehingga 4 beg pakaian yang besar...


Amboi Meck...bergaya nampak...rasa-rasa boleh kot trade-in Myvi...dan angkat Proton Inspira ni...


Proton Inspira ni dilengkapi dengan sistem CVT (Continuosly Variable Transmision) dengan INVECS-III...manakala untuk model 2.0 CVT pula ada paddle shift kat stereng...


Ruang tempat duduk penumpang belakang agak ok...dan bahagian tempat duduk depan ada poket...bolehla letak majalah...(kalau rasa sempit...kena beli bas la jawabnya...hehehehehehehe)...


Bahagian belakang nampak sporty...dan memang nampak Mitsubishi Lancer lah...cuma membezakannya adalah lambang harimau tu jer...


Odometer nampak biasa saja...berbanding dengan model-model lain yang terkini yang menggunakan meter digital...tapi bagi Proton Inspira..pihak Proton masih menggunakan meter analog....mungkin atas faktor harga kot...


Radio disertakan dengan CD, MP3 player serta bluetooth...audio dengan Arkamys System...


Air-cond standard...cuma untuk model 2.0 CVT...ia dilengkapi dengan fully automatic air-cond...iaitu kita boleh set suhu yang dikehendaki....


Kat bahagian tengah terdapat tempat letak lengan dan ruang compartment...boleh isi barang-barang kecil...


Dan juga ruang letak minuman...


Central door lock...


Nadi untuk Proton Inspira ni diambil dari keluarga MIVEC, 4 Selinder, DOHC 16V...


Bahagian grill hadapan...


Air-filter...


Pandangan sisi...amboi Own...serius dok tengok...nak trade-in Wira ker?...


Suspension belakang menggunakan Multilink coil spring with stabilizer bar...


Ekzos...

Bonet belakang...full carpet...


Penutup bonet pun bersalut....(baldu...betul ker baldu....)


Tempat duduk belakang juga ada tempat letak lengan dan tempat letak minuman...


Kemasan bumbung...


Lampu bacaan depan...untuk model model 2.0 CVT...terdapat rain sensor untuk trigger wiper dan auto light sensor untuk nyalakan headlight bila keadaan luar gelap...


Kemasan pintu belakang...


Cermin sisi...


Yang slacknya...plastik ni nampak tak kemas...dah macam lekang dah sikit...


Sebahagian ekzos yang agak terlindung...


Lagi pandangan dari sudut sisi...


Bonet depan dilengkapi dengan penahan haba...


Haaa...sesuai dah Cik Man...boleh tukar dengan Gen-2....


Cermin depan dan belakang...dibekalkan oleh Mitsubishi...agaknyer lah...



Seat untuk 1.8 M dan 1.8 CVT adalah fabrik...manakala 2.0 CVT adalah kulit...


Compartment glove...


Semua model dilengkapi dengan dual SRS airbags...


Kelebihan 2.0 CVT pulak adalah dilengkapi dengan GPS navigator, auto cruise control dan stereng paddle shift...

Terdapat empat pilihan warna iaitu Plum Red, Solid White, Generic Silver dan Tranquility Black... 

Maklumat lanjut boleh dilihat di sini atau mana-mana cawangan Proton Edar yang terdekat...

Pendapat aku...sesuai untuk orang muda...dan nanti mesti ramai akan convert jadi Mitsubishi Lancer GT...dengar kata accessories Lancer GT pun dah banyak kat pasaran...

Dan pasti ramai pemilik-pemilik Mitsubishi Lancer GT yang mengeluh...

p/s: tapi buat masa sekarang ni...aku masih belum mampu lagi untuk pakai kereta ni...

5 Zulhijjah 1431 / 12 November 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...