16 November 2010

PENAPIS RO TENGGELAM BANJIR

Catatan Ayah

Isnin / 15 November 2010


Sudah hampir seminggu Pak Cik Bakar dari Titi Gajah, Kepala Batas, Jitra minta aku ke rumahnya untuk periksa sistem RO yang telah dipasang hampir 2 tahun lepas...Hari sabtu lepas aku dah ke sana tapi dia tak ada kat rumah...jadi hari ni aku ke sana lagi....

Alhamdulillah...dia ada hari ni...sampai kat sana...teruk juga tengok keadaan rumah dia..tenggelam hingga ke cermin tingkap nako yang ke-3...habis semua tikar getah, almari serta pintu kabinet...termasuk sistem RO yang kami telah pasang dulu...

Malah...habis juga segala baja dan barang-barang lain yang rosak...kesian juga tengok...

Keadaan RO juga agak teruk...penuh dengan lumpur....yang telah terendam dalam air banjir hampir seminggu...



Menurut cerita Pak Cik Bakar...mereka sekeluarga hanya tinggal di tingkat atas rumah dengan berbekalkan pelita minyak tanah...makan apa yang ada...dan minum minuman yang dibekalkan oleh penyelamat sahaja...kerana mereka tidak mahu berpindah ke tempat yang telah disediakan oleh para penyelamat...

Perkara pertama yang aku periksa adalah sistem elektrikal sistem RO ni....nampak macam tak dak masalah...kemudian cuci tangki dari kesan-kesan lumpur...buang air lama dari tangki...tukar semua penapis yang kotor...dan cuci semua tubing...



Setelah semua dicuci dengan elok dan dah agak kering...aku ON kan power supply...dan Alhamdulillah...RO berfungsi dengan elok dan tak dak sebarang masalah yang berbangkit....

Inilah penapis yang tersangat kotor yang aku telah tukar...


Aku tunggu RO berfungsi sehingga Pak Cik Bakar berpuas hati....dan Alhamdulillah...dia berpuas hati....

p/s: Alhamdulillah....kini telah terbukti akan kualiti sistem RO Undersink ni...walaupun dah berumur 2 tahun....dan tenggelam dalam banjir hampir seminggu...masih dapat berfungsi dengan baik...tak rugi kepada sesiapa yang hendak pasang kat rumah...

9 Zulhijjah 1431 / 16 November 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...