09 November 2010

LAWAK TENGAHARI

Catatan Ayah

Selasa / 9 November 2010

Pada suatu hari, di Langkawi ramai mat-mat saleh dan minah-minah saleh datang melancong. Dalam ramai-ramai pelancong mat saleh tu, ada satu family sedang ronda-ronda sekitar Pekan Kuah.

Kata anak mat saleh tu, " Pa, lets go to crocodile farm..."

"OK...", balas bapanya.

Mereka pun pergi ke stesen teksi. Tak lama kemudian, mereka pun dapatlah sebuah teksi...

"Mr Driver, please take us to crocodile farm...", kata mat saleh tu kepada pemandu teksi...

"Olait...no peloblem...", balas pemandu teksi tersebut...

Pemandu teksi tu pun pandulah teksinya ke destinasi yang tak berapa jauh dari situ...dan berhenti di sebuah kedai basikal....

"OK sir, we aleady alive....", kata pemandu teksi tersebut...

Dengan tercangak-cangak mat saleh itu kehairanan mengapa pemandu teksi tu hantar mereka ke kedai basikal lalu bertanya kepada pemandu teksi tersebut, "Why you bring us here?"

Pemandu teksi tu jawab, "You say you wan go kedai pam...so I bling you to herelah...kedai basikal...ada pam...."

p/s: hahahahaha...ikhsan idea Amir....

2 Zulhijjah 1431 / 9 November 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...