18 November 2010

KORBAN

Catatan Ayah

Rabu / 17 November 2010


Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar...walillahilham...

Terlebih dulu aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha...

Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban...hari di mana kita disunatkan untuk membuat korban...sama ada seekor kambing....seekor atau 1/7 bahagian lembu atau kerbau atau unta...

Dan yang paling cantiknya korban dalam Islam adalah...hasilnya dapat dimanafaat oleh hamba Allah itu sendiri walaupun korban yang kita lakukan hanya kepada Allah sahaja...berbeza dengan agama lain...

Bila kita membuat korban contohnya lembu...kita buat hanya kerana Allah dan untuk Allah...dan hasil fizikalnya iaitu daging lembu itu kita sedekahkan dikalangan umat Islam sendiri untuk dinikmati....

Tetapi bagi agama lain...pengorbanan yang mereka lakukan dengan meletakkan sesuatu makanan dan lain-lain dihadapan berhala masing-masing...hanya untuk berhala mereka sahaja yang tak boleh makan dan minum...dan mereka sendiri tak boleh menikmati korban yang mereka sembahkan kepada berhala mereka...dan kadang-kadang diletakkan makanan plastik..seolah-olah menipu berhala mereka...

Itulah Indahnya Islam...


Bagi yang mampu...bolehlah korban seekor lembu....tetapi yang kurang kemampuan..korbanlah 1 tumpuk atau 1 daripada 7 bahagian lembu itu....


Selepas dilapah semua daging dan bahagian lembu itu...dibahagikan kepada 7 bahagian...dan masing-masing ambil bahagian masing-masing...


Dalam tumpuk....orang yang melakukan korban tersebut boleh ambil 1/3 bahagian untuk diri sendiri dan keluarga...dan 2/3 bahagian lagi disedekahkan dikalangan umat Islam yang lain...sedikit kepada fakir miskin dan sedikit kepada orang senang...supaya semua kalangan dapat merasa nikmat Allah ini...


Itulah Ibadah Korban....dan begitu indah Islam....semua ibadah yang dilakukan hanya untuk Allah dan nikmatnya dapat dirasai oleh kita sendiri...selain dari mengambil iktibar dari pengorbanan Nasi Ibrahim dan Nabi Ismail...

Sekitar suasana ibadah korban boleh dilihat di sini....

p/s: penat betui kelmarin....15 ekor lembu dikorbankan...sedekahkanlah daging lembu itu tanpa mengira fahaman politik...biarlah semua orang Islam dapat merasa...ketepikanlah fahaman politik demi kesejahteraan umat Islam...

11 Zulhijjah 1431 / 18 November 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...