09 November 2010

KOPI 'O' NO.....

Catatan Ayah

Selasa / 9 November 2010


Pada suatu hari, sepasang warga berbangsa Inggeris telah memasuki sebuah kedai makan seorang yang berbangsa Hokkien.

Setelah mendapatkan tempat duduk, datanglah seorang pelayan untuk mengambil order. "Order sir....", tanya pelayan tersebut dengan lembut.

"Two coffee 'O', please...", jawab si suami...

Lalu, pelayan itu terus menjerit kepada si tukang bancuh air.... "Kopi 'O' no!!!!"

Mendengar kata-kata si pelayan tersebut, dengan selamba si suami berbangsa Inggeris itu terus mengajak isterinya keluar untuk ke kedai lain....

Si pelayan kedai itu terpingga-pingga melihat kedua-dua warga Inggeris itu keluar....

p/s: Rupa-rupanya, warga Inggeris itu ingat kopi 'O' tak dijual sebab mendengar si pelayan itu kata "kopi 'O' NO"...padahal NO dalam bahasa Hokkien adalah 2......(ihsan cerita dari Ah Tong...)

2 Zulhijjah 1431 / 9 November 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...