12 November 2010

KLINIK FAIZAH

Catatan Ayah

Jumaat / 12 November 2010


2-3 hari dah Dr Wahab dari Klinik Faizah dok call...minta tengokkan mesin x-ray kat klinik dia...sebab kes banjir lepas...

Jadi kelmarin baru ada peluang tengokkan x-ray tu...Klinik Faizah pun terlibat juga dalam banjir baru-baru ni...nasib baik mesin ultrasound dapat diselamatkan...cuma yang terlibat adalah mesin x-ray dan audiometer sound proof cabin...

Apa yang aku tengok...mesin x-ray tu ok...cuma aku blow saja untuk keringkan sisa-sisa air yang ada...


Tank pun nampak ok...cuma basah sikit kat bahagian bawah...


Kabel masih lembab...tapi ok...nampak tak dak masalah...



Magnet switch kat column stand dah berkarat sikit...sebab dah terendam dalam air agak lama...


Sebelum balik...aku minta depa on air-cond dan biarkan dalam suhu 22 darjah celcius dan aku akan datang balik untuk buat testing...

Jadi petang tadi...aku ke sana untuk buat testing...

Selepas buat semua penyambungan dan tutup balik cover...test semua stage kV dan mAs...Alhamdulillah...semua berjalan lancar dan x-ray berfungsi dengan baik...

p/s: terima kasih Dr Wahab kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk selenggara semua peralatan kat sana...

5 Zulhijjah 1431 / 12 November 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...