29 November 2010

KEDAI FENDY

Catatan Ayah

Isnin / 29 November 2010


Hari ni...bermulalah balik hari kerja selepas 2 hari bercuti...dan depa yang telah ke team building programme pun dah mula masuk kerja...cuma Mat Nor yang tak dak sebab ada training kat HQ...

Hari ni aku nak share lagi satu kedai tempat kami satu office selalu bersarapan...

Memandangkan Mat Nor tak dak...maka morning briefing pun tak dak...jadi pagi-pagi lagi kami ke Kedai Fendy (nama kedai yang kami beri)...


Kedai Fendy ni terletak kat Bintong...sebuah kampung di pinggir Bandar Kangar...dan terkenal dengan makanan yang amat murah sekali...dengan suasana kampung....jauh dari hiruk-pikuk bunyi dan kesesakan kenderaan.

Serta dengan suasana yang aman damai....cuba lihat keadaan jalan di hadapan kedai...lapang saja...


Kedai ni juga merupakan tumpuan penduduk setempat dan staf-staf FMS serta staf-staf Kesihatan Kangar....juga badan-badan berkanun yang lain. Kedai ini juga ibarat kedai kopi yang macam kat kampung...tempat orang-orang tua dok berlepak menyembang sambil minum kopi....

Dan juga...kedai ni terkenal dengan makanannya yang murah...macam tadi...aku makan nasi lemak berlaukkan ayam dan telur dan minum teh 'o' panas....cuma berharga RM 2.20....mana nak dapat dengan harga ni kat Kangar la ni...

p/s: terima kasih Fendy sebab jual makanan murah-murah kat kami semua....

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

22 Zulhijjah 1431 / 29 November 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...