12 November 2010

KAWASAKI KLX-150S

Catatan Ayah

Rabu / 10 November 2010


Selepas membelek Nimota Ranger X...aku ambil peluang untuk belek Kawasaki KLX-150S pulak...antara motor yang aku idam untuk dimiliki dan convert untuk jadi motard...

Kawasaki KLX-150S ni dah lama ada kat pasaran...baru hari ni aku berpeluang untuk tengok dan belek secara dekat...

Harga yang dijual oleh Chen Motor dalam RM 9600...dalam 2 kali ganda harga Nimota Ranger X...tetapi dari segi kualiti....2 kali ganda baik daripada Nimota Ranger X...dan sudah pasti Kawasaki KLX-150S ni lagi best dari Nimota Ranger X...

Lagipun...spare-part tak dak masalah sebab Kawasaki Corp. sudah buka dia punya Sales & Service kat Malaysia...

Dari segi saiz...Kawasaki KLX-150S nampak kecil jika dibandingkan dengan Demak DTM 150 dan Nimota Ranger X...dan muka depannya pun nampak agak moden....sesuai dengan peredaran masa...


Bahagian belakang pun nampak ok...serta terdapat satu beg kecil yang dilekatkan kat belakang....boleh la bubuh apa-apa barang yang kecil...


Pedal kaki dan brek nampak kemas...dan tak sakit mata memandang...


Chasis yang kelihatan mantap dan enjin yang berkapasiti 150cc...sesuai untuk off-road bagi amatur dan habuan main trek motard...untuk beginners...


Sistem mono-shock boleh-laras...


Macam biasa...sistem pemacu rantai...boleh pernah lagi jumpa off-road guna belt....kecuali skuter  jer....hehehehehe...


Front single disk brake...


Panel meter yang agak ringkas...tanpa gear indicator dan rpm....


Sebelah kanan hendal terdapat suis pemati enjin dan penghidup elektrik...selain daripada kick stater...


Sebelah kiri hendal pulak...ada high/low beam switch, signal switch dan hon....


Tangki agak kecil....


Lampu depan...moden dan mengikut peredaran zaman...cuma lampu isyarat masih stail lama...kerana kebanyakan motor sekarang menggunakan lampu isyarat LED...


Enjin 1 selinder 4 lejang...penyejukan udara...


Secara peribadi...aku berpuas hati dengan motor ni...dan jika ada rezeki...aku ingin memiliki motor ni...tukar rim dan tayar....jadikan motard...

Info lebih lanjut boleh dilihat di sini...

Kalau nak tengok Kawasaki KLS-150S ni yang dah modified jadi motard...boleh lihat di Youtube....

TV Commercial dari Indonesia...


p/s: menarik motor ni...convert jadi motard habuan pi/balik kerja dengan main trek go-kart hujung minggu....

5 Zulhijjah 1431 / 12 November 2010



35 ulasan:

  1. Salam bro .. Demak DTM 150 ok gak..siap motard

    BalasPadam
  2. Salam FasTVnetwork,

    Betul tu.. Demak DTM 150 pun ok jugak..

    Sekarang pun dah banyak nampak orang dah pakai..

    BalasPadam
  3. Bang,motard tu apa?

    BalasPadam
  4. Assalamu'alaikum Tuan Tanpa Nama 2:12am.

    Terlebih dahulu, izinkan saya tahu siapa nama tuan?

    Bila dah berkenalan, baru syok menyembang.

    Maafkan saya....

    BalasPadam
  5. Amin, Tg Malim
    Silent rider blog tuan
    Maaf tidak bernama

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah.. selamat berkenalan Amin..

    Kalau datang Pelis.. boleh jumpa sembang-sembang.. hehehe..

    Terima kasih kerana membaca blog ni...

    BalasPadam
  7. Bang, apa maksud motard tu?

    Amin

    BalasPadam
  8. Saudara Amin,

    Kalau tak salah pemahaman saya, motard atau lebih dikenali sebagai supermotard/supermoto adalah sejenis sukan motor yang menggunakan track yg terbahagi kepada 2 iaitu road track dan motorcross track..

    Motor yang selalu digunakan adalah motorcross yang diubahsuai menggunakan tayar road racing..

    Untuk lebih info.. boleh google supermoto/supermotard/motard...

    Harap dapat membantu..

    BalasPadam
  9. salam bang,
    sy erie dari pahang..
    sekarang saya dalam dlema nk beli nimota ke dtm150
    kalau poket tebal boleh la angkat yg dh terbukti kualitinya..hhehe
    dan sekarang sy nk minta abg buat entri pasal jentera dtm150 boleh tak??

    BalasPadam
  10. Saudara Erie,

    Kalau dana mencukupi, pilihan 1 adalah KLX150, 2 adalah DTM 150 dan 3 adalah Nimota 150..

    KLX150-kena tukar tayar dan rim untuk jadikan motard.. nak lebih mengancam tukar sekali ekzos tapi KLX ni kecil sikit..

    DTM150-keluaran Demak.. rasa-rasa dah ok kot sekarang ni.. dan siap dah motard.. cuma kalau nak best tukar ekzos bagi bunyi garang sikit.. lagi pun dah ramai orang pakai DTM ni..

    Nimota ni.. jarang-jarang sangat jumpa atas jalan.. dan prestasi tak tahu..

    Yang penting.. tepuk poket tanya selera...

    Bab test ride DTM tu.. insyaAllah kalau ada rezeki dan jentera..

    Selamat mencari motor idaman hati...

    BalasPadam
  11. salam bang... saya faris .. dekat kawasan perlis harga tayar motard dengan rims berapa RM ye? harga 1 set

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Tuan Faris,

      saya tak sure berapa harga tayar motard dan rim kat Perlis ni.. tapi selalunya kalau nak best leper.. selalunya orang pakai Battlax BT016.. dan rim mungkin boleh masuk 17" x 4.5".. lebih baik bawa motor ke kedai untuk try.. baru puas hati..

      Selamat mencuba..

      Padam
  12. i planning nak beli klx 150... i nak tahu pasal minyak motor mcm mane..jimat ke..berpa jauh boleh travel dengan isian penuh....coz i nampak takde meter minyak!!?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya mohon maaf Saudara Silva Hendry kerana tak dapat menjawab dengan tepat kerana saya sendiri tak menggunakan motor ni... nanti kalau saya dapat info.. saya masukkan kat sini..

      Padam
  13. thank u Mr.Hasmizal ...i waiting for de info..

    BalasPadam
  14. sy nak angkt scarm..bg otai2 scarm bole bg cadangan skit..sy ada 2 pilihan nimota ngn klx 150?mana 1 lbh baik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam,,
      panggil saya acap ,,
      saya pengguna nimota 150 .. motor still ok sampai sekarang ,,
      long distance dah banyak kali .. just jaga minyak hitam ..

      Padam
  15. salam...sy man dr alor setar...dtm150cc dng ktm200cc beza harga sikit je..kualiti dan bunyi ekszoz mana yg lbh baik dab sedap?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ktm....?? Biar betul...ktm mahal weh...

      Padam
  16. bang! saya ni baru nak beli mtr skrem tapi tak tahu yang mana ok.dtm150 motard ok gak tapi tak tahu enjin ok k tak.saya berkenan jugak tengok klx150 motard memang conform enjin ok punya tapi rendah dan kecik,boleh bagi tinggi tak?.dari top sped yang mana laju ek.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya kedua2 ok kot...lagi pun saya tengok ramai yang pakai...dari segi top speed tu tak sure..lagi pun motor jenis ni bukan untuk top speed...

      Padam
  17. Salam saya din kluang jb... Saya dah try motor yamaha enduro, suzuki ts, honda xr, comel travler,nitro ranger, masuk hutan... Panjat gunung.... Redah sungai....redah banjir.... Kesimpulannya kalau anda pilih kawasaki klx itulah moto terbaik daripada semua segi.... Minyak jimat....hendeling senang...berat....mcm beskal je...bole angkat sorang-sorang ..... Power......kalau main hutan klx bole lari 80 dah cemerlang tu.... Cube bawak moto besar... Memang bole lari lebih laju tapi akhirnya dlm gaung. Bagi saya pilihlah motor yang anda mampu mengawalnya...bukan motor yang mengawal anda. Nanti taubat beb.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha..tobat lahom klu salah pilih....apa pun klx jugak terbaik...dari bandar ke trek ke hutan...semua ok...

      Padam
  18. ronda layan klx...kalau ada rezeki nak jugak pinang 1
    As-salam

    BalasPadam
  19. waduh...la niii tergaoda aku ngan motor niii...kalo ada rezeki nak jugak sambar 1.
    macam mana ngan kualiti motor nii,ada pengalam tak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak dak pengalaman dgn motor ni..
      Tapi ada kawan pakai..
      Dia kata.. ok..

      Padam
  20. Kalau Dtracker 150 plak ? mane okey antara Klx 150 ngn dtracker ?

    BalasPadam
  21. mana Okey ?antara KLX 150s ngn Dtracker 150 ??hehe dlm dilema nk beli ni..

    BalasPadam
  22. assalam. mana satu yang tinggi bro? DTM 150 or KLX 150? hehehe

    BalasPadam
  23. As salam..saya shahrul saya lebih cadangkan klx 150 sbab minyak sep,perfomance lebih mantap drpda ranger x dan dtm 150...pick up power dan top 124 km sahaja jikalau standard. Servis klx pon tak terok,kualiti enjin terbaik...klx mmg agak kecil tetapi kecil kecil cili padi

    BalasPadam
  24. Agak2...klau tkr fork ngan swing arm kne saman x ngan jpj.....

    BalasPadam
  25. Salam..nk tnya ni,klx yg dh siap motard ada dh kuar ke blom?

    BalasPadam
  26. As salam...Xkisah bro nak pakai yg mn.kelebihan & kekurangan moto ni lain².byk kelebihan moto mcmni.tahan lasak...brg luar dlm bleh kacok.bebas design.sy sendiri pakai DTM 200.mmg puas hati.cuma yg pasti kurangnya sbb xdak bakul...susah nak bwk pi kdai.

    BalasPadam
  27. cya mahu cari klx bikin ankat kantalan..

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...