07 November 2010

KANGAR PASCA BANJIR

Catatan Ayah

Ahad / 7 November 2010

Hari ni aku ke office untuk melihat apa-apa yang harus diselesaikan untuk kerja-kerja yang perlu disiapkan sebelum masuk minggu depan...Alhamdulillah semua dah siap...

Lalu..aku pusing-pusing Kangar untuk melihat keadaan pasca banjir...banyak betul sampah-sarap yang dibawa air banjir sekeliling Kangar...serta bau masam....

Mesin ATM bank-bank masih ada yang belum boleh digunakan...mungkin duit dah habis atau rosak sebab tenggelam banjir...rata-rata orang ramai mula membersihkan premis masing-masing...namun begitu masih ada lagi premis-premis yang masih ditenggelami air....

Air sungai Perlis masih banyak tetapi mengalir laju ke Kuala Perlis...khidmat bomba juga digunakan semasa menghisap air dan membersihkan basement kat Bangunan KWSP....

Masih ada lagi kenderaan yang diparkirkan di tengah-tengah jalan dan belum diubah...


Lagi gambar-gambir boleh dilihat di sini...

p/s: Alhamdulillah...keadaan di Perlis sudah pulih...namun keadaan di Kedah masih belum reda....

30 Zulkaedah 1431 / 7 November 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...