08 November 2010

HTF PASCA BANJIR

Catatan Ayah

Isnin / 8 November 2010


Hari ni 1st task yang kena buat adalah equipment accessment pasca banjir....mula-mula aku dan Shidah buat rondaan kat Unit Fisioterapi....staf-staf kat sini sudah mula membersihkan unit...dengan bantuan staf dan student dari UniMAP...



Hampir 90% peralatan di sini tenggelam kerana tak sempat diselamatkan...Dari Unit Fisioterapi, kami menuju ke A&E...didapati kesemua peralatan di A&E selamat dan tiada yang defect...Kemudian kami terus ke Jabatan Pengimejan Diagnostik...

Kat sini...peralatan yang statik seperti CT Scan, MRI, Fluorocopy dan Mammography tak dapat diselamatkan....




Semua equipment di sini kena tunggu vendor datang untuk buat accessment...

Dari JPD..kami ke Jabatan Patologi...kat sini cuma 2 equipment saja yang tak dapat diselamatkan iaitu Modular dan Hitachi...



Dari Patologi..kami buat lawatan ke Unit Kardiologi, Klinik Kulit, Klinik ENT dan Klinik Orthopedik...tak banyak peralatan yang tenggelam...tapi apa yang dilihat..masing-masing bertungkus-lumus membersihkan tempat masing-masing....dan terserempak juga dengan Wan Andrina...yang mewakili UniMAP datang untuk bersama-sama bergotong-royong...



Sebelah petang pulak...hujan turun dengan lebatnya...jika dibuatnya hujan turun lebat macam petang tadi selama seminggu....harus banjir sekali lagi....

Lagi gambar-gambir boleh sekitar Hospital Tuanku Fauziah boleh dilihat di sini....

p/s: mohon Allah jauhkan malapetaka ini...amin...

1 Zulhijjah 1431 / 8 November 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...