27 November 2010

HTF PASCA BANJIR 5

Catatan Ayah

Jumaat / 26 November 2010


Truttt...truttt...kedengaran bunyi telefon berdering di atas meja Fiza...

"Sapa pulak yang call ni?.." detik fikiran aku....dah la aku keseorangan kat office sekarang ni....buatnya ada 2-3 breakdown...jenuh aku...

"Hello....", ucap aku selepas ganggang telefon diangkat...

"Hang ada buat apa la ni?...", terdengar suara Mat Nor dihujung talian...

"Aku dok prepare checklist PPM...hang dok mana ni?", balas aku...

"Aku ada kat lab ni...kalau boleh...mai tolong aku angkat Hitachi ni...", pinta Mat Nor...

"OK...tunggu sat...sat gi aku sampai", balas aku...

Hitachi...salah satu mesin Chemistry Analyzer...telah tenggelam semasa banjir besar melanda Kangar yang lepas...sampai kat lab...kelihatan Mat Nor dan beberapa orang dari lab cuba menurunkan Hitachi dari atas pallet...

"Hitachi ni nak angkat keluar...sebab depa nak buat pentas kat sini....supaya nanti kalau bah pulak...kot-kot tak kena mesin...", ujar Mat Nor...


Jadi kami pakat-pakat angkat sorang sikit dan akhirnya mesin ni berjaya dibawa keluar dari lab...

Selepas selesai angkat...aku dan Mat Nor tolong pasang RO untuk digunakan bersama dengan Chemistry Analyzer yang dipinjamkan dari Klinik Kuala Sanglang...

Inilah sistem RO tersebut...


Sistem RO ni sama dengan yang kami dok pasang kat rumah orang...cuma sistem yang dipasang kat rumah orang berkapasiti 50 GPD...yang digunakan kat lab ni 200 GPD...


Lasak RO ni...walaupun ditenggelami air...tapi masih dapat berfungsi dengan tip-top...dan digunakan untuk support Chemistry Analyzer...air RO digunakan sebagai reference....


Cuma...aku modified sikit dia punya incoming water supply....pakai air dari sinki...dan reject juga dibuang ke dalam sinki....buat sementara waktu...

Katanya...pentas tu akan dibina esok....

Berbalik kepada sistem RO ni...kepada sesiapa yang nak pasang RO kat rumah....aku galakkan pasang sistem ni...kerana sistem ni agak murah dan lasak...maintenance pun murah dan boleh buat sendiri...

Kalau teringin nak pasang....boleh contact aku....aku sedia membantu....

p/s: boleh tengok kat alqausar.wordpress.com/product

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

20 Zulhijjah 1431 / 27 November 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...