17 November 2010

HTF PASCA BANJIR 4

Catatan Ayah

Selasa / 16 November 2010


Nampaknya...rentetan kesan-kesan banjir kat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) masih belum berakhir...

Pagi-pagi lagi aku round-round lagi ke Jabatan Pengimejan Diagnostik...untuk sign workorder...dan reshedule apa-apa yang perlu...dan pada masa yang sama...aku pusing-pusing tengok keadaan CT Scan dan MRI...yang memakan sejumlah RM x juta...untuk dibaiki...

Pembaikan CT Scan masih belum dijalankan lagi...sekarang masih dalam proses pengeringan...dan voltage stabilizer perlu dibaiki terlebih dahulu...selepas voltage stabilizer siap dibaiki...baru boleh tengok apa lagi yang rosak dan perlu ditukar...

Keadaan bawah katil CT Scan...


Keadaan gantry yang lebih teruk dari bencana banjir 2005 yang lalu...kali ni detector telah rosak...





Begitu juga dengan bahagian power supply...


Serta bahagian penyejukan....


Selepas melihat sepintas lalu progress CT Scan...aku lihat pula keadaan semasa MRI....keadaan dalam bilik technical room...masih lagi dalam keadaan kelam-kabut...masih belum dapat dibaiki selagi power stabilizer belum siap dibaiki...gas helium juga perlu diisi semula nampaknya...



Keadaan dalam kabin juga masih dalam proses pengeringan...





Keadaan dalam control room pun masih belum dimulakan lagi...


Kedua-dua voltage stabilizer untuk CT Scan dan MRI telah diambil oleh vendor untuk dibuat pembaikan....selagi tak siap...kerja-kerja pembaikan CT Scan dan MRI tak boleh diteruskan...


Nampak gaya macam lambat lagi nak selesai ni....

p/s: setelah ditimpa bencana banjir sebanyak 2 kali....sebelum  ni tahun 2005...harap-harap menjadi pengajaran...dan sesuatu harus dilakukan supaya insiden seperti ini dapat dielakkan di masa hadapan...

10 Zulhijjah 1431 / 17 November 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...