12 November 2010

HTF PASCA BANJIR 3

Catatan Ayah

Khamis / 11 November 2010

Petang tadi...aku, Own, Nadzi, Zamri dan Mat Nor buat pemeriksaan peralatan kat Unit Fisioterapi...peralatan kat sini boleh dikatakan hampir 80% tenggelam dalam air semasa banjir lalu...walaupun sudah diletakkan atas katil...masih lagi tenggelam...bayangkan kedalaman air kat sini hari tu...

Antara yang diperiksa adalah suction pump....tak dapat diselamatkan dan terpaksa di condem...

Traction unit hanya 1 unit sahaja yang boleh diselamatkan...lagi satu terpaksa di condem kerana penuh dengan air...


Semua pc board rosak kerana bersambung dengan bateri....jadi semua komponen telah shorted...


Semasa diterbalikkan...masih nampak titisan air walaupun alat ni telah dijemur dengan harapan air akan kering...




Keadaan bilik pun masing belum teratur...



Setiap alat diperiksa dan diasingkan antara yang masih selamat dan yang tak boleh diselamatkan...


Dan banyak lagi alat yang hendak diperiksa....adoi....doi...doi..


Ruang klinik Fisioterapi telah siap dicuci...tapi banyak perabot sudah rosak...so...jadi lapang...boleh main futsal...


Alat ni juga telah tenggelam...tapi ada masalah sikit...macam mana nak buka dan dismatle...nampak macam semua direbet dan tak guna skru....stainless steel lagi...sampai tertungging kawan aku sorang ni...cari jalan macam mana nak dismantle...



Disebabkan masa pun dah lewat petang....sambung esok nampak gayanya...

p/s: nampak gayanya Klinik Fisioterapi masih belum dapat beroperasi lagi....

5 Zulhijjah 1431 / 12 November 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...