15 November 2010

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2010

Catatan Ayah

Isnin / 15 November 2010


Hari ni SK Jalan Raja Syed Alwi mengadakan Majlis Konvokesyen Pra Sekolah Dan Hari Anugerah Kecemerlangan 2010....dan alhamdulillah...kakak akan menerima hadiah atas kejayaan mendapat tempat pertama dalam kelasnya...


Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan sajak oleh pelajar tahun 6....dan ikuti dengan ucapan guru besar dan ucapan perasmian oleh wakil kepada pengarah pelajaran Perlis...

Penyampaian hadiah dimulakan dengan anugerah pra sekolah...dan kemudiannya anugerah kedudukan kelas dan anugerah matapelajaran...

Alhamdulillah...Kakak telah mendapat tempat pertama dalam kelasnya dan mendapat anugerah matapelajaran terbaik untuk tahun 2 dalam matapelajaran bahasa inggeris, pendidikan islam dan penulisan bahasa melayu...


Antara hadiah-hadiah kakak yang dapat...


Alhamdulillah...tahniah kakak...teruskan usaha kecemerlangan untuk tahun-tahun mendatang....

Lagi gambar-gambir sekitar majlis dapat dilihat di sini...

p/s: Alhamdulillah...aku bersyukur ke hadrat Allah...terbayar segala penat-lelah sepanjang pengajian kakak setakat ini....mudah-mudahan dipermudahkan segalanya oleh Allah Taala...

8 Zulhijjah 1431 / 15 November 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...