10 November 2010

GEAR...

Catatan Ayah

Rabu / 10 November 2010

Pada suatu pagi nan indah, keluarlah seorang atuk dengan menunggang Honda lampu bulatnya menuju ke pasar pagi di hujung kampungnya untuk membeli ikan dan sayur. Honda lampu bulat itu amat disayangi dan hampir 30 tahun dalam jagaannya.

Suasana pagi di kampung amat nyaman sekali. Pasar pagi kampung itu terletak di hujung kampung dan tempatnya agak tinggi kerana berada di kaki bukit. Kelihatan berbondang-bondang orang kampung menuju ke situ.

Atuk itu membawa motornya sambil menghirup udara nyaman....dan semakin lama semakin menghampiri pasar pagi itu. Kelihatan semakin ramai orang yang menunggang basikal tidak lagi mengayuh basikalnya, cuma menyorong sahaja kerana jalan semakin lama semakin tinggi. Dengan rasa bangga atuk terus memulas 'throttle' motornya kerana dia tak perlu menyorong motornya itu...

Semakin lama terasa semakin perlahan motornya. Atuk menjadi hairan. "Kenapa dengan motor aku ni?" fikir atuk dibenak hatinya..

Tak lama kemudian motor yang atuk tunggang berhenti dan sudah tak mampu lagi mendaki jalan berbukit itu.

Tak lama kemudian, seorang anak muda belasan tahun menghampiri atuk lalu bertanya, "kenapa atuk?"

Jawab atuk, "Tah...tak pasal-pasal motor aku ni berhenti dan tak larat naik bukit ni..."

Lalu anak muda itu berkata, "Cuba atuk guna gear satu tengok..."

Atuk membalas, "Ceh...aku guna gear empat pun tak naik...ni kan nak guna gear satu!!!!"

Anak muda itu berlalu dari situ sambil tersenyum......

p/s: moral....kita jangan jadi bodoh sombong dan tak mau dengar pendapat orang....sekadar cerita diwaktu petang....ihsan cerita dari Amir...

3 Zulhijjah 1431 / 10 November 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...