30 November 2010

ELEGAN

Catatan Ayah

Selasa / 30 November 2010

Modenas Elegan...salah sebuah skuter yang aku minat...cuma belum berkemampuan untuk dimiliki...sebuah skuter yang serbaguna...

Skuter Elegan ni berkapasiti 150cc...serta menggunakan sistem fuel injection...rebadge dari SYM Joyride 170 dari Taiwan...merupakan skuter yang cukup terkenal dan mendapat jualan yang luas di Eropah...

Skuter ni juga mendapat pujian yang cukup baik di Malaysia yang dijual di bawah label Modenas Elegan 150...

Model ni dah lama dalam pasaran Malaysia...bahkan sekarang ni dah ada penambahbaikan oleh Modenas dan model terbaru adalah Modenas Elegan 200...yang juga rebadge dari SYM GTS 200...

Skuter ni milik kawan aku...Khairol Anuar...dan ehsan dari dia...aku snap sedikit sebanyak gambar untuk tatapan di sini...

Skuter ni dipasarkan dalam harga lingkungan RM 5,000...murah sedikit dari Elegan 200...

Bentuknya...pada pandangan aku agak segak...

 Seolah-olah sebuah super skuter...seperti Tmax dan Majesty

 Tachometer yang simple...serta sedikit paparan digital...

 Ruang tengah yang luas serta wind-sheild yang tinggi...mampu menampan angin...

 Bahagian bontot yang cantik...sesetengah pemilik memasang tong GIVI kat belakang...

Ekzos yang agak senyap...tetapi skuter ni mempunyai tork yang kuat...

 Disk brake belakang...

 Tempat duduk belakang agak tinggi...bagi ketinggian aku...agak susah untuk jadi pillion...dan tempat pijak belakang yang agak jauh ke depan...

 Enjin berkapasiti 150cc...dan dapat roadtax RM 2.00.....

Tempat isi minyak kat hadapan...

 Ruang luggage yang cukup luas....mampu isi kampit beras 10kg...serta helmet...

 Rebadge dari SYM, Taiwan...

 Gearbox CVT yang excellent...serta pacuan belting...

 Double rear suspension...

Kesimpulannya...motor ni amat berbaloi untuk dimiliki...dan digunakan sebagai komuter setiap hari...sama ada ulang-alik kerja, hantar anak sekolah...dan sebagainya....cukup lasak dan pick-up yang kuat...sesuai digunakan di dalam bandar...

p/s: aku sokong jika ada sesiapa yang nak beli dan guna skuter model ni....

23 Zulhijjah 1431 / 30 November 2010

5 ulasan:

  1. cntik..mmg tgh ushar2 skuter ni n berkira2 nk beli w'pn agk sush nk tgk di tunggng kt jln rya...tq ats infrmtion..

    BalasPadam
  2. elegan ni memang banyak terdapat atas jalan.. dan selalunya dibuat sebagai kenderaan ulang-alik ke tempat kerja.. =)

    BalasPadam
  3. ada beberapa fakta yg tak tepat pasal elegan ni...

    1. elegan 150 BUKAN fuel injection, masih guna sistem karburator

    2. elegan 200 rebadge daripada model SYM Joyride Evo 200, bukan GTS 200

    3. elegan 150 dipasarkan dengan harga atas jalan lebih kurang RM6500, kurang rm2000 dari elegan 200, tapi model 150 tidak lagi dikeluarkan, yang ada jual baru tu utk habiskan stok aje

    sekian, harap maklum :)

    BalasPadam
  4. Terima kasih Saudara Yuzray Eusoph atas perkongsian maklumat... B-)

    BalasPadam
  5. Salam bro mana nak dapatkan windscreen elegen 150 , ada sesiapa tahu pembekalnya? Terima kasih.

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...