28 November 2010

DINAR EMAS

Catatan Ayah

Ahad / 28 November 2010


Baru-baru ni...Udin ada tulis kat wall Facebook dia...iaitu masalah kenaikan gaji pekerja-pekerja di Malaysia yang antara 3% ~ 4% setahun...yang kadang-kadang tak cukup...

Dari sini dapat dilihat...alangkah indahnya Islam...yang menggunakan matawang dinar emas dan dirham perak...tak seperti matawang kertas yang kita dok guna sekarang ni yang diperkenalkan oleh penjajah...

Sebagai contoh...gaji aku 2 bulan lepas...jika dalam dinar emas adalah 4 dinar emas...ini bermakna 2 bulan lepas 1 dinar emas bersamaan dengan RM 620...jadi kalau 4 dinar emas bersamaan dengan RM 2480...



Hari ni selepas 2 bulan, harga 1 dinar emas bersamaan dengan RM 642...jadi 4 dinar emas bersamaan dengan RM 2568...



Cuba lihat....dalam masa 2 bulan...berapa kenaikan gaji aku...3.4% kenaikan...walaupun harga emas akan naik dan turun...tetapi tak pernah lagi aku tengok harga emas turun dengan teruk...bayangkan untuk tahun depan....walaupun gaji aku masih 4 dinar emas....tetapi nilai emas pada masa tu....

Kesimpulannya yang aku nak kata di sini...jika gaji pekerja dibayar dengan menggunakan dinar emas...tak kan ada masalah gaji naik atau tak naik...sebab nilai emas akan naik...dan pihak majikan pun tak akan pening kepala nak naikkan gaji pekerjanya...

Sebab tu, bagi aku...aku menyokong hasrat Kerajaan Kelantan nak bayar gaji pekerjanya dengan dinar emas...dan jika Kerajaan Malaysia dan majikan-majikan di Malaysia pun betindak seperti Kerajaan Kelantan...Alhamdulillah...

Dan pendapat aku juga...kadar inflasi juga dapat dikawal....

Ini adalah petikan yang diambil dari PublicDinar.com

"Dinar dan Dirham

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda  "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). 


Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Emas dan perak adalah wang yang paling stabil di dunia. Lindungilah kekayaan anda dengan menyimpan emas dan perak.

Inflasi sifar selama 1400 tahun.

Harga ayam pada zaman Rasulullah SAW ialah satu dirham; hari ini, 1400 tahun kemudian seekor ayam masih lagi berharga 1 dirham."



p/s: marilah kita sama-sama menaikkan kembali sistem kewangan Islam dan sistem matawang Islam....semoga kita sentiasa mendapat keberkatan Allah Taala...dan semua yang ditulis di atas adalah pendapat aku sahaja...dan tak dak kena mengena dengan sesiapa pun...


"Pengalaman membentuk keperibadian...." 


21 Zulhijjah 1431 / 28 November 2010
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...