02 November 2010

CT SCAN TRAINING - DAY 2

Catatan Ayah

Selasa / 2 November 2010

Hari ni adalah hari kedua training CT Scan Toshiba kat Metro Inn, Kajang...dan hari ni mula masuk tajuk QA test untuk CT Scan...macam biasa..9:40 baru start...sebab tunggu orang datang...


Bila bercakap bab teori ni...memang amat membosankan....tapi sedikit sebanyak aku dah dapat gambaran...apa yang diuji untuk QA test CT Scan...nanti tak lah macam tercangak-cangak bila tengok report QA test CT Scan...

Lepas lunch...kami semua ke Hospital Kajang..untuk melihat CT Scan...CT Scan ni baru saja siap dipasang...tapi belum buat T&C lagi...bilik JPD pun tak berapa siap lagi...

Mr Tan (Abex) tunjukkan gambaran CT Scan tu secara live...



Esok...Mr Tan akan tunjukkan cara-cara buat QA test secara praktikal dan lusa Gamedix akan buat QA test secara rasmi sebelum T&C dilakukan...

Lagi gambar-gambir sekitar lawatan ke bilik CT Scan boleh dilihat di http://s932.photobucket.com/albums/ad165/mizal_photo/CT%20Scan%2002112010/

p/s: training pun tak berapa boleh fokus sebab dok teringat family kat rumah....sebab la ni Perlis dilanda banjir...macam yang terjadi tahun 2005 yang lepas....

25 Zulkaedah 1431 / 2 November 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...