26 November 2010

NASI "KUNING"

Catatan Ayah

Khamis / 25 November 2010


"Ibu, kakak nak nasi kuning..." pesan anak aku kepada isteriku....

Nasi kuning...panggilan anak-anak aku atau dengan kata lain...nasi kandar yang menjadi kegemaran anak-anak aku...yang suka makan hanya dengan berlaukkan telur ayam dan kuah kari...

Hampir setiap pagi...isteri aku membeli nasi kandar untuk anak-anak aku...

Di sinilah isteri aku selalu beli nasi kandar...Lia Nasi Kandar Idaman....


Gerai ni terletak di kawasan tapak pasar malam Kepala Batas Titi Chai....berdekatan dengan kampung aku...satu-satunya gerai nasi kandar di sini...

Diusahakan oleh orang melayu sendiri...dan bukannya mamak atau berketurunan mamak...namun begitu...masakannya boleh dikatakan boleh tahan jugaklah...walaupun belum boleh menandingi nasi kandar yang famous di Perlis...

Dan kat sini juga...setiap pagi ada disediakan nasi kandar ekonomi...yang berlaukkan sama ada daging atau telur ayam...yang dikatakan nasi ekonomi ni adalah nasi setengah...

Tapi tentang harga tu....standardlah...harga nasi kandar...semua orang tahu...bila nama nasi kandar...boleh bayang dah macam mana harga dia....

Jadi sesiapa yang datang ke sini...boleh cuba rasa tengok macam mana....

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

19 Zulhijjah 1431 / 26 November 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...