07 November 2010

BANJIR GELOMBANG KE-2

Catatan Ayah

Ahad / 7 November 2010

Aku telah mendapat khabar angin yang mengatakan Perlis dilanda banjir gelombang ke-2...jadi dalam pukul 3 petang tadi...aku telah keluar round-round untuk melihat keadaan semasa...khabarnya kawasan Santan dinaiki air semula...

Aku melalui kawasan ILP di Behor Pulai...banyak tempat yang sudah surut..namun masih ada lagi yang terjejas...


Masih ada lagi rumah-rumah berhampiran dengan ILP masih digenangi air..tapi taklah teruk...malahan ILP sendiri masih digenangi air....kawasan bendang sekitar Behor Pulai masih lagi kelihatan seperti laut...

Kemudian aku terus ke Repoh...Sungai Repoh nampaknya sudah agak surut sikit...dan kawasan perumahan sekitar sudah pulih...dan pembersihan rumah sedang dilakukan oleh pemilik-pemilik rumah masing-masing...

Dari Repoh..aku menuju ke Santan....kebanyakan rumah masih belum pulih sepenuhnya...tapi belum nampak tanda-tanda banjir semula seperti khabar angin yang aku dapat...

Dari Santan...aku melalui kawasan Sempering....nampak sudah pulih sepenuhnya...terus ke Jalan Kaki Bukit menuju ke Kangar...pun sudah nampak pulih...

Dari Bulatan Simpang Tiga...aku ke kampung Bakau...nampaknya Kampung Bakau masih belum pulih...pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Sena masih ramai lagi orang ramai...

Air masih banyak nampaknya...sehingga melimpah dari sungai....


Malah...masih banyak lagi rumah di Kampung Bakau masih ditenggelami air...


Bahkan...ada basikal yang tersangkut kat atas pokok kelapa....


p/s: dalam dok banjir...masih ada pihak cuba mempolitikkan bencana banjir ni....cubalah hulurkan bantuan seikhlas hati...tanpa mengira fahaman politik....dan saling menyalahkan sesuatu parti politik....sesamalah kita bantu membantu sesama Islam tanpa mengira fahaman politik....kadang-kadang naik muak bila tengok berita dan akhbar....seolah-olah bantuan yang diberi tak ikhlas....

30 Zulkaedah 1431 / 7 November 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...