09 November 2010

AMX-4 oh AMX-4...

Catatan Ayah

Selasa / 9 November 2010


Hari ni...lagi sebiji AMX-4 down...mesin ni down waktu aku pi training kat Kajang minggu lepas...hingga tadi masih belum ditengok lagi apa masalahnya...

Jadi aku dengan Shidah pun pi untuk tengok apa masalahnya...apabila power on...error message test failed 2, 3 keluar dan mesin tak boleh complete self-test...

Mula-mula aku check kesemua 9 bateri...tapi kesemua bateri dalam keadaan OK...kemudian check semua fius...didapati semua fius OK....kemudian aku check CPU pulak....aku disconnect kesemua connector...kemudian aku reconnect balik....test dan OK...settle...

Mesin tak boleh on dan tak complete self-test sebab CPU tak dapat supply +5Vdc...jadi memory dia jadi lupa...bila dah jadi pelupa...maka dia tak ingat macam mana nak activate sistem dia....

Lepas tu...apalagi...kena calibrate balik ler....sebab tadi dah disconnect cabling dia....


Settle bab AMX-4 (tapi esok ada lagi sebijik AMX-4 nak kena check)...aku ke JPD untuk sign workorder dan tengok ST Ong dari Abex buat accessment KXO-80G yang telah tenggelam banjir minggu lepas....

Apa yang kami dapati....Tank dah tenggelam terus....dulu waktu tahun 2005..tak tenggelam...


Transformer pun tenggelam jugak...dan perlu ditukar...


Bawah lantai pun masih ada lagi air...iaitu underground cabling...



Setakat la ni...jumlah kos terkumpul untuk baiki semua peralatan x-ray di JPD sahaja dah mencecah RM x.x juta....(sorry tak boleh dedah lagi)....satu jumlah yang besar...

Mesti MoH pening kepala sekarang....tak campur kos department lain lagi.....

Lagi gambar-gambir boleh dilihat di sini...

p/s: disebalik semua ini...pasti ada hikmahnya yang tersembunyi...marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri....

2 Zulhijjah 1431 / 9 November 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...