10 November 2010

AL-KISAH...

Catatan Ayah

Rabu / 10 November 2010

Suatu ketika di zaman dulu...disebuah kampung yang terletak nun jauh dalam hutan...tinggalkan dua keluarga...sepupu agaknyalah...iaitu keluarga Harimau dan keluarga kucing..

Mereka hidup aman damai dan bahagia...saling tolong menolong dan bantu-membantu (sepupulah kan...)

Pada suatu hari nan indah, Si Harimau bertemu dengan Si Kucing..

"Cik Cing...I nak minta tolong you boleh dak?" kata Si Harimau..

"Apadia Cik Mau, bagitau ler...macam tak biasa you ni...." balas Si Kucing...lembut..

"I nak ke saloon...nak kerintingkan bulu-bulu I ni...kalau boleh you tolong jaga anak I ni sat..." pinta Si Harimau...

"Wokeh...no problem...anak you..anak I jugak..." balas Si Kucing sambil mengurut-ngurut tengkok anak Si Harimau yang comel tu...

"Kalau macam tu...terima kasih Cik Cing...I pi dulu yer....."ucap Si Harimau...kemudian dia berpaling kepada anaknya sambil berkata..."Dok elok-elok honey yer...jangan kacau Mak Cik Cing yer..."

"Ok mummy..."balas anak Si Harimau...kemudian Si Harimau pun berlalulah pergi ke saloon kesukaannya yang baru dibuka oleh CDnaz Shidi...

Sepeninggalan Si Harimau...Si Kucing bermain-main dengan dengan anak Si Harimau...sambil mengajar anak Si Harimau bagaimana hendak panjat pokok...

Anak Si Harimau belajar bersungguh bagaimana hendak panjat pokok hingga berjaya dan berhasrat nak tunjukkan kebolehannya itu kepada ibunya...

Dalam dok tengah seronok ajar anak Si Harimau panjat pokok sehingga berjaya, Si Kucing masuk ke dalam rumah kerana hendak memasak sebab hari dah nak tengah hari....dalam dok ralit memasak...dia terlupa untuk ajar anak Si Harimau cara-cara untuk turun dari pokok....dan terlupa yang anak Si Harimau dok atas pokok yang terpingga-pingga seorang diri sebab tak tau nak turun....

Tak lama kemudian...Si Harimau pun pulanglah sambil mencari-cari anaknya...Kemudian dia dapati anaknya dok atas pokok sambil menangis teresak-esak...

Si Harimau pun bertanyalah kepada anaknya apa yang berlaku dan anaknya pun ceritalah segala-galanya...

Mendengarkan cerita anaknya...Si Harimau pun sangat marah sambil memanggil Si Kucing...

"Hai Kucing...aku sangat marah kat hang ni....kalau aku jumpa hang...bukan setakat hang aku makan...tahi hang pun aku makan...." jerit Si Harimau...

Mendengar kata-kata Si Harimau...Si Kucing pun larilah lintang-pukang tanpa menoleh ke belakang....

Hinggakan ke hari ini...kerana takutkan Si Harimau...setiapkali Si Kucing berak...mesti dikambus tahinya...supaya tak dapat dicari oleh Si Harimau....

p/s: al-kisah oleh Amir Teluk Tui....hihihi....

3 Zulhijjah 1431 / 10 November 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...