30 November 2010

SHIMADZU

Catatan Ayah

Selasa / 30 November 2010


Aku cuma nak share berkenaan dengan X-Ray Mobile Unit model Shimadzu MUX100H...yang rosak kat HTF...problem adalah sistem tak boleh recharge battery...

Mula-mula tu...seperti biasa...kenalah check fius dulu...didapati fius 13A kat plug top putus...jadi tukar fius...tapi masih tak masuk power...

Jadi..aku ambil keputusan untuk buka bahagian dalam...check kat breaker....continuity untuk Live wire dan Neutral wire...ok..

Check ke depan sikit lagi...nah...dah jumpa...AC filter terbakar....


Tengok dekat sikit....


Nampak gayanya...kena order dululah....baru boleh sambung troubleshooting...

p/s: terima kasih kepada Zamri dan Shidah...sebab tolong aku troubleshooting tadi...

23 Zulhijjah 1431 / 30 November 2010

LC

Catatan Ayah

Selasa / 30 November 2010


Yamaha LC 135....menjadi kegilaan anak-anak muda sekarang...yang mula dipasarkan...kalau tak silap tahun 2006 yang lepas...LC...Liquid Cooler...satu-satunya moped yang menggunakan sistem pendingin cecair atau dengan kata lain menggunakan radiator...

Berkapasiti 135cc...dan 4V...iaitu menggunakan 4 valve...2 valve intake dan 2 valve exhaust....dan dengar kata...mampu mencecah sehingga 140 km/j...dalam keadaan standard...

Gambar-gambar kat sini adalah motor milik kawan aku...Zarizi yang berumur kurang dari setahun....masih baru lagi...sekadar untuk tontonan...


Rupabentuk yang menawan...berbanding dengan model-model moped yang lain...syabas kepada Yamaha...

 Pandangan sisi yang menarik...fairing yang cantik serta penggunaan kerangka berlian...yang kebanyakannya digunakan ke atas motor-motor berkuasa tinggi....

 Kedudukan radiator...di sinilah datangnya panggilan LC...liquid cooler...

 Penggunaan tayar tubeless...serta disk brake...sudah menjadi trend kebanyakan anak muda sekarang menukar kepada disk yang lebih besar...

 Tachometer...sekarang sudah ada tachometer keluaran Koso dari Taiwan...yang mempunyai meter rpm serta meter digital...

Bahagian belakang juga nampak menarik...

 Rear monoshock suspension...

 Sistem ekzos dengan catalyzer...

 Enjin berkapasiti 135cc...

 Suis-suis sebelah kiri...sekarang sudah ada model yang mempunyai sistem clutch manual...

 Suis sebelah kanan...cuma sayang tidak ada suis pemati enjin...

 Sistem pemacu akhir rantai...

 Sistem wet clutch...seperti moped-moped yang lain...

 Rekabentuk fairing yang menarik...

 Optional....raga...senang bila ke kedai...hihihi...

 Penggunaan drum brake di belakang...kebanyakan anak muda sekarang menukar kepada sistem disk brake...

 Bahagian hadapan yang nampak tajam...serta sporty...

 DiASil...Die Cast Aluminium Cylinder...bagi menghasilkan permukaan dinding selinder yang kuat dan mampu menyah haba dengan cepat...

 Penggunaan 4 valve...2 valve intake dan 2 valve exhaust...

Tahniah diucapkan kepada Yamaha yang mampu menghasilkan moped yang power....lain dari moped-moped yang lain....dengan teknologi yang ada...tak hairanlah harganya yang agak tinggi di pasaran...sehingga RM 7,000...

p/s: kesinambungan dari kejayaan RXZ, TZM serta 125Z....

23 Zulhijjah 1431 / 30 November 2010

ELEGAN

Catatan Ayah

Selasa / 30 November 2010

Modenas Elegan...salah sebuah skuter yang aku minat...cuma belum berkemampuan untuk dimiliki...sebuah skuter yang serbaguna...

Skuter Elegan ni berkapasiti 150cc...serta menggunakan sistem fuel injection...rebadge dari SYM Joyride 170 dari Taiwan...merupakan skuter yang cukup terkenal dan mendapat jualan yang luas di Eropah...

Skuter ni juga mendapat pujian yang cukup baik di Malaysia yang dijual di bawah label Modenas Elegan 150...

Model ni dah lama dalam pasaran Malaysia...bahkan sekarang ni dah ada penambahbaikan oleh Modenas dan model terbaru adalah Modenas Elegan 200...yang juga rebadge dari SYM GTS 200...

Skuter ni milik kawan aku...Khairol Anuar...dan ehsan dari dia...aku snap sedikit sebanyak gambar untuk tatapan di sini...

Skuter ni dipasarkan dalam harga lingkungan RM 5,000...murah sedikit dari Elegan 200...

Bentuknya...pada pandangan aku agak segak...

 Seolah-olah sebuah super skuter...seperti Tmax dan Majesty

 Tachometer yang simple...serta sedikit paparan digital...

 Ruang tengah yang luas serta wind-sheild yang tinggi...mampu menampan angin...

 Bahagian bontot yang cantik...sesetengah pemilik memasang tong GIVI kat belakang...

Ekzos yang agak senyap...tetapi skuter ni mempunyai tork yang kuat...

 Disk brake belakang...

 Tempat duduk belakang agak tinggi...bagi ketinggian aku...agak susah untuk jadi pillion...dan tempat pijak belakang yang agak jauh ke depan...

 Enjin berkapasiti 150cc...dan dapat roadtax RM 2.00.....

Tempat isi minyak kat hadapan...

 Ruang luggage yang cukup luas....mampu isi kampit beras 10kg...serta helmet...

 Rebadge dari SYM, Taiwan...

 Gearbox CVT yang excellent...serta pacuan belting...

 Double rear suspension...

Kesimpulannya...motor ni amat berbaloi untuk dimiliki...dan digunakan sebagai komuter setiap hari...sama ada ulang-alik kerja, hantar anak sekolah...dan sebagainya....cukup lasak dan pick-up yang kuat...sesuai digunakan di dalam bandar...

p/s: aku sokong jika ada sesiapa yang nak beli dan guna skuter model ni....

23 Zulhijjah 1431 / 30 November 2010

29 November 2010

GATAL TANGAN

Catatan Ayah

Isnin / 29 November 2010

Cuba lihat gambar di bawah...


Kenapa masih ada tangan-tangan yang gatal...menconteng tak kena tempat...dah berabis duit orang catkan pagar tersebut...senang-senang tangan-tangan yang gatal tu dok conteng tak kena tempat...

Nak kata tak masuk sekolah...rakyat Malaysia ni semua masuk sekolah...free lagi tu...

Merosakkan imej kita sahaja di mata orang asing....

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

22 Zulhijjah 1431 / 29 November 2010

PRACTICAL STUDENT

Catatan Ayah

Isnin / 29 November 2010

Hari ni, kami dapat lagi 2 orang practical student...kedua-duanya dari POLIMAS...


Kedua-dua orang Perlis...seorang tinggal kat Arau dan seorang lagi tinggal kat Batas Bugis...dan kedua-duanya mengambil kursus Diploma Bio-Perubatan..

Tempoh training kat sini adalah selama 6 bulan...

Apa-apa pun..kami semua mengucapkan selamat datang dan selamat bertraining kat sini...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

22 Zulhijjah 1431 / 29 November 2010

KEDAI FENDY

Catatan Ayah

Isnin / 29 November 2010


Hari ni...bermulalah balik hari kerja selepas 2 hari bercuti...dan depa yang telah ke team building programme pun dah mula masuk kerja...cuma Mat Nor yang tak dak sebab ada training kat HQ...

Hari ni aku nak share lagi satu kedai tempat kami satu office selalu bersarapan...

Memandangkan Mat Nor tak dak...maka morning briefing pun tak dak...jadi pagi-pagi lagi kami ke Kedai Fendy (nama kedai yang kami beri)...


Kedai Fendy ni terletak kat Bintong...sebuah kampung di pinggir Bandar Kangar...dan terkenal dengan makanan yang amat murah sekali...dengan suasana kampung....jauh dari hiruk-pikuk bunyi dan kesesakan kenderaan.

Serta dengan suasana yang aman damai....cuba lihat keadaan jalan di hadapan kedai...lapang saja...


Kedai ni juga merupakan tumpuan penduduk setempat dan staf-staf FMS serta staf-staf Kesihatan Kangar....juga badan-badan berkanun yang lain. Kedai ini juga ibarat kedai kopi yang macam kat kampung...tempat orang-orang tua dok berlepak menyembang sambil minum kopi....

Dan juga...kedai ni terkenal dengan makanannya yang murah...macam tadi...aku makan nasi lemak berlaukkan ayam dan telur dan minum teh 'o' panas....cuma berharga RM 2.20....mana nak dapat dengan harga ni kat Kangar la ni...

p/s: terima kasih Fendy sebab jual makanan murah-murah kat kami semua....

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

22 Zulhijjah 1431 / 29 November 2010

EXORA BARU?

Catatan Ayah

Isnin / 29 November 2010

Adakah ini Exora baru yang sedang dipandu uji oleh Proton?



Baca selanjutnya di Paultan Blog.

p/s: aku no komen....cuma dengan harapan kereta-kereta keluaran Proton diharap semakin berkualiti dengan harga yang berpatutan...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

22 Zulhijjah 1431 / 29 November 2010

28 November 2010

DINAR EMAS

Catatan Ayah

Ahad / 28 November 2010


Baru-baru ni...Udin ada tulis kat wall Facebook dia...iaitu masalah kenaikan gaji pekerja-pekerja di Malaysia yang antara 3% ~ 4% setahun...yang kadang-kadang tak cukup...

Dari sini dapat dilihat...alangkah indahnya Islam...yang menggunakan matawang dinar emas dan dirham perak...tak seperti matawang kertas yang kita dok guna sekarang ni yang diperkenalkan oleh penjajah...

Sebagai contoh...gaji aku 2 bulan lepas...jika dalam dinar emas adalah 4 dinar emas...ini bermakna 2 bulan lepas 1 dinar emas bersamaan dengan RM 620...jadi kalau 4 dinar emas bersamaan dengan RM 2480...



Hari ni selepas 2 bulan, harga 1 dinar emas bersamaan dengan RM 642...jadi 4 dinar emas bersamaan dengan RM 2568...



Cuba lihat....dalam masa 2 bulan...berapa kenaikan gaji aku...3.4% kenaikan...walaupun harga emas akan naik dan turun...tetapi tak pernah lagi aku tengok harga emas turun dengan teruk...bayangkan untuk tahun depan....walaupun gaji aku masih 4 dinar emas....tetapi nilai emas pada masa tu....

Kesimpulannya yang aku nak kata di sini...jika gaji pekerja dibayar dengan menggunakan dinar emas...tak kan ada masalah gaji naik atau tak naik...sebab nilai emas akan naik...dan pihak majikan pun tak akan pening kepala nak naikkan gaji pekerjanya...

Sebab tu, bagi aku...aku menyokong hasrat Kerajaan Kelantan nak bayar gaji pekerjanya dengan dinar emas...dan jika Kerajaan Malaysia dan majikan-majikan di Malaysia pun betindak seperti Kerajaan Kelantan...Alhamdulillah...

Dan pendapat aku juga...kadar inflasi juga dapat dikawal....

Ini adalah petikan yang diambil dari PublicDinar.com

"Dinar dan Dirham

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda  "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). 


Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Emas dan perak adalah wang yang paling stabil di dunia. Lindungilah kekayaan anda dengan menyimpan emas dan perak.

Inflasi sifar selama 1400 tahun.

Harga ayam pada zaman Rasulullah SAW ialah satu dirham; hari ini, 1400 tahun kemudian seekor ayam masih lagi berharga 1 dirham."



p/s: marilah kita sama-sama menaikkan kembali sistem kewangan Islam dan sistem matawang Islam....semoga kita sentiasa mendapat keberkatan Allah Taala...dan semua yang ditulis di atas adalah pendapat aku sahaja...dan tak dak kena mengena dengan sesiapa pun...


"Pengalaman membentuk keperibadian...." 


21 Zulhijjah 1431 / 28 November 2010
 

CHERY EASTER 2.0L

Catatan Ayah

Sabtu / 27 November 2010


Sewaktu ke C-Mart, Arau....aku ada ternampak...QQ North Automobile dok buat promosi kereta....jadi aku ambil peluang untuk tengok-tengok kereta dan MPV Alado ni...

Chery Easter 2.0L...dulu menggunakan enjin Mitsubishi 2.4L...tetapi sekarang ni telah menggunakan enjin baru...iaitu enjin Acteco 2.0L...


Apa yang aku tahu...enjin Acteco ni dikilangkan di China...dan dibangunkan oleh AVL...Austrian-based automotive consulting firm...

Model ni dah di CKD kan di Malaysia...jadi alat-ganti mungkin tiada masalah...

Apa yang aku lihat...design dia agak menawan...dan menarik...


Terutama...pada pandangan aku...lampu headlight....


Ruang dalaman agak luas...rasa-rasanya luas lagi kalau compare dengan MPV lain yang seangkatan dengannya...seperti Exora, Grand Livina, Stream, Wish dan lain-lain...lainlah kalau compare dengan super-MPV seperti Alphard dan Starex...

Keluasannya boleh mengisi 7 penumpang....


Ruang kokpit pun boleh tahan....dan kalau dilihat pada spesifikasi standard yang diberi oleh Alado ni...boleh dikatakan agak mewah dan jika dibandingkan dengan harga yang ditawarkan....memang murah dan berbaloi...


Harga yang ditawarkan buat masa sekarang adalah dari RM 84,138 hingga RM 88, 116...dan ada diskaun RM 6,000....

Bank interest adalah 3.25% buat masa ni...


Waranti enjin sehingga 5 tahun atau 200,000 km dan waranti yang lain 3 tahun atau 100,000 km...

Ramai juga kawan-kawan aku yang guna...antaranya Mie Korea...nanti performance boleh tanya dengan Mie Korea...

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

21 Zulhijjah 1431 / 28 November 2010

SIKAP KITA

Catatan Ayah

Sabtu / 27 November 2010

Tengahari tadi semasa kat belakang pasar...kat Kepala Batas Titi Chai....cuba hangpa tengok gambar kat bawah...hangpa perasan tak...apa yang aku nak tunjukkan...


Ya...mesti hangpa semua nampakkan...tong sampah besar...tapi hangpa semua perasan dak....kita tengok gambar yang dekat sikit....


Hangpa perasan dak?....kalau tak perasan lagi....ni gambar lagi dekat...


Sikit punya besar tong sampah dok ada....tapi masih lagi buang sampah rata-rata....tak kan tak larat kot nak masukkan plastik sampah tu ke dalam tong besar....

Inikah sikap kebanyakan orang kita? Dah ada tong sampah...masih dok letak sampah kat merata-rata....tu tak masuk kat papan tanda yang tertulis..."Di larang membuang sampah di sini"...lagi orang pakat letak sampah di situ....

Janganlah kita mengharap pekerja kutip sampah akan mengutip sampah yang diletakkan di situ ke dalam tong besar...jadilah seorang warga negara yang bertanggungjawab....

Bukankah kebersihan itu sebahagian daripada iman?

"Pengalaman membentuk keperibadian..."

21 Zulhijjah 1431 / 28 November 2010
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...