01 Oktober 2010

Tukar Minyak Enjin

Catatan Ayah

Dah sampai masa...17853km...sepatutnya 18000km baru tukar minyak...tapi sebab esok nak ke KL...aku ambik keputusan untuk tukar saja minyak enjin...


Untuk ER6n...minyak ditukar setiap 5000km...kali ni aku guna Motul 5100 10w/40 sebanyak 2 botol...


Yang bagusnya tukar minyak sendiri ni...boleh tunggu hingga sisa minyak lama turun habis...kalau tukar kat kedai...sisa minyak kadang-kadang ada sikit lagi...pomen tuang dah minyak baru...


Habis minyak lama dibuang...so masukkanlah minyak baru....


Bab minyak dah selesai...so check air radiator pulak...


Air radiator pun dah OK...minyakkan rantai....dah siap...esok lepas subuh boleh vroomm ke KL...minta-minta esok cuaca OK...dan semoga perjalanan aku selamat...InsyaAllah...

20 ulasan:

  1. oil filter tak tukar ke?

    BalasPadam
  2. oil filter tukar setiap 2 kali minyak enjin....

    BalasPadam
  3. salam..tukar minyak selepas 5000km?selalu orang cakap 3000km saja mesti tukar minyak n oil filter

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Tuan Syammil,

      Tertulis kat manual, tertulis.. penukaran minyak hitam dan oil filter (m/s 28) setiap 12,000 km.. tapi saya selalu tukar setiap 5,000 km.. tetapi kadang-kadang tu terlajak.. kadang-kadang terawal..

      Tapi tu semua hanya sebagai guide line saja.. pendapat saya, kalau motor tu selalu digunakan setiap hari.. lebih baik kerap ditukar.. jika jarang-jarang digunakan.. ambik masa lama sikit untuk setiap penukaran.. terpulang kepada individu..

      Untuk lebih konfiden, mungkin boleh tanya pendapat mekanik-mekanik yang berpengalaman... =)

      Padam
    2. sorry..saya x pakai er6.saya pakai naza blade saja.x tau pulak er6 tukar 12k km dalam manual tu.jauhnya berjalan.haha

      Padam
    3. tu la pasai.. tapi saya tukar setiap 5000 km lepas confirmkan dengan mekanik...

      Padam
    4. Salam..saya ada terbaca dalam satu website.katanya..

      The 3,000 mile myth refers to a common belief, particularly in the United States, that all cars should have their motor oil changed at least every 3,000 miles (4,800 km) to maintain their car engine correctly. Efforts are under way to convince the public that this is not necessary, and that people should follow the advice given in their owner's manual rather than the advice of the oil-change businesses

      At the beginning of the twentieth century, many car manufacturers recommended an oil use duration of 500 miles (800 km) to 2,000 miles (3,200 km). With the advent of oil filters in the 1920s and their popularization later on, car manufacturers extended the oil use duration up to 3,000 miles. Throughout the years, many oil change shops recommended an oil change every 3,000 miles. However, during the later part of the twentieth century, engine technology and oil technology have advanced requiring less frequent oil changes under normal driving conditions.

      Mohon pencerahan dari rider2. terima kasih

      Padam
  4. motul ni pakai sampai 5k km still rasa ok ka?sepupu saya pakai ninja dia kata 2k km dah rasa kurang best minyak ni..
    lupa nak bagitau..saya dok aloq staq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu saya dok pakai.. tak dak masalah pun.. rasa ok saja.. mungkin sebab saya guna motor ni utk long distance saja.. jarang naik dekat-dekat..

      tapi la ni saya dah tukaq pakai syntium 15w/50.. agak likat sikit dari motul 10w/40 sebab saya selalu buat long distance..

      Pernah pomen bagi tau.. 10w/40 ni bagus kalau selalu short distance dan ride dalam town.. banyak main pick-up.. tapi kalau selalu long distance dan motor agak berumur.. sebaiknya pakai 15w/50..

      Wallahu'alam.. =)

      Padam
  5. bro.. bila leh lepak2 skali, byk nk kna menuntuy dkt bro, almaklumla, moto saya bru angkat er6n 2012.. saya dok area loq staq..

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaAllah... ada rezeki boleh minum kopi sekali.... B-)

      Padam
  6. salam En Hasmizal...

    seperti yang En Hasmiza bagithu...

    Pernah pomen bagi tau.. 10w/40 ni bagus kalau selalu short distance dan ride dalam town.. banyak main pick-up.. tapi kalau selalu long distance dan motor agak berumur.. sebaiknya pakai 15w/50..

    so,soalan saya,bleh ker minyak enjin ini ditukar2 dengan mcm jenis,kejap motul,kejap syntium.....

    maaf lah,sya baru dlm dunia permotoran nie
    saya guna ER-6F

    BalasPadam
  7. Salam bro Hasmizal,,,

    saya nak tanya,kalau untuk ER-6F,baik guna minyak enjin jenis apa yer????
    dan
    minyak enjin nie kalau ditukar2 jenis xpe ker???
    sya guna motor nie untuk short distance jer....
    maaf lah,sya baru lg dlm dunia permotoran nie....

    harap bagi tunjuk ajar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Saudara Azuwan Nawang,

      Begitulah yang diberitahu kepada saya oleh pomen tentang jenis kelikatan minyak tu.

      Dan bab jenama tu...menurut pomen..sebaik-baiknya biarlah dari jenama yang sama setiap kali tukar minyak sebab bahan kimia yang dicampur pada setiap jenama minyak tak sama.

      Untuk lebih maklumat...elok rasanya jika boleh sembang dengan pomen....

      Wallahu'alam..

      Padam
  8. Salam saya pakai kawa dtrackerX 250, nk tanya masa tukar oil filter pomen tu letak gris kt spring oil filter utk menyenangkan pemasangan oil filter, persoalanya ada efect ke minyak enjin bercampur dgn sedikit gris tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pendapat saya...dan nasihat kawan-kawan pomen...letak minyak enjin semasa nak pasang oil filter..

      Padam
  9. Salam saya berminat dengan soalan soalan diatas moga blh joint dlm group ni saya pakai er6n

    BalasPadam
  10. Saya berminat untuk joint dlm group ini untuk menambah pengetahuan dalam bidang superbike ni saya pakai er6 n

    BalasPadam
  11. Saya berminat untuk berkongsi pendapat dlm forum ni, saya pakai er6 n

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...