19 Oktober 2010

TROUBLESHOOTING KXO-80G

Catatan Ayah

Selasa / 19 Oktober 2010

Hari ni, aku menjalankan 'troubleshooting' untuk 'General X-Ray' model Toshiba KXO-80G. 'Troubleshooting' dijalankan bersama dengan ST Ong dari Abex Medical Sdn Bhd. Turut serta Sohaimi dari Sungai Petani sebagai sebahagian daripada program Mentor-Mentee.

Masalah yang berbangkit dengan sistem ni adalah imej yang terhasil tidak 'even' antara bahagian kiri dan kanan filem.


Jika dilihat pada imej di atas, jelas nampak bahagian kanan imej (L PA Erect) lebih gelap dari bahagian kiri imej. Bila masalah ini timbul, berkemungkinan doktor boleh silap dalam membuat keputusan.

Bila pesakit yang sama di 'x-ray' dengan mesin lagi satu, imej begini tidak berlaku.

Kami telah membuat pemeriksaan bahagian 'wall bucky', table bucky', 'collimator' serta membuat 'calibration' untuk mA.

Bahagian 'wall bucky' telah dibuka untuk pemeriksaan.


Bahagian hadapan yang telah dibuka, dan akan kelihatan 'iontomat' iaitu 'detector' bila fungsi AEC digunakan.


'Iontomat' dianjak sedikit supaya 'cassette holder' kelihatan. Ini supaya senang untuk buat 'alignment' dengan 'cassette centering' nanti.


Permukaan 'table' juga dibuka untuk 'access' 'table bucky'. Seperti juga 'wall bucky', 'iontomat' untuk 'table bucky' juga dianjak sedikit supaya senang untuk membuat 'alignment' nanti.


'Cassette' yang telah ditanda dengan satu garisan di bahagian tengahnya diletakkan pada 'cassette holder' sebelum 'alignment' dibuat.


Sebelum 'alignment' untuk setiap 'bucky' dibuat, pemeriksaan bahagian 'collimator' dilakukan dahulu untuk mengetahui sama ada 'collimation' dalam keadaan yang elok atau tidak. Setelah diperiksa, didapati 'collimation' telah 'out of spec'.


Pelarasan perlu dilakukan pada bahagian 'collimator' dengan 'adjust' skrew seperti gambar di bawah untuk 'horizontal' dan 'vertical'.


Selain dari itu, 'bulb' juga dilaras supaya bukaan cahaya dalam keadaan sempurna.


Setelah selesai pelarasan bahagian 'collimator', barulah pelarasan bahagian 'table bucky' dan 'wall bucky' dapat dibuat. Selepas 'centering' untuk 'table bucky' dan 'wall bucky' selari, kesemua bahagian yang telah dibuka tadi dipasang kembali. Kemudian bahagian tengah atau '0' ditanda supaya senang untuk 'end-user' buat 'reference'.


Setelah semua siap dipasang dan ditanda, ujian dilakukan dengan meletakkan 'phantom' yang mewakili ketebalan dada atau 'chest' pesakit.


Hasil imej seperti di bawah. Didapati imej yang terhasil masih dalam keadaan tak 'even' atas semua permukaan imej.
Kemungkinan yang lain selain dari 'alignment' 'bucky centering' adalah ketepatan mA. Ketepatan mA diperiksa dengan menggunakan 'adaptor' seperti di bawah. Alat di bawah hanya dimiliki oleh Toshiba dan Abex sahaja. Pelarasan nilai mA yang telah diukur dibuat pada alat ini.


Alat di atas disambungkan dengan 'board' MAC.


Selain dari itu 'bleeder' juga diperlukan untuk melihat nilai 'invasive' mA. 'Bleeder' ini disambungkan ke bahagian 'tank' yang terletak dalam kabinet.


'Bleeder' disambungkan dengan 'monitor' untuk membandingkan nilai yang diset dengan nilai sebenar.


Ujian dilakukan pada 50kVp, 70kVp, 80kVp, 90kVp, 100kVp, 110kVp dan 120kVp. mA pula diuji pada 50mA, 160mA, 200mA, 250mA, 320mA dan 400mA. Nilai-nilai sebenar dilihat di 'monitor' dan dilaraskan pada alat yang dilekatkan pada kabinet tadi.


Setelah semua pelarasan dilakukan, kami telah minta pihak 'end-user' untuk menggunakan mesin ini. Sebanyak 5 orang pesakit telah dibuat ujian. Semua lulus cuma seorang pesakit telah dibuat dua kali ujian kerana salah satu daripada imej terjadi seperti masalah seperti yang awal tadi.

Menurut ST Ong, kalau masalah ini terjadi lagi, berkemungkinan masalah 'tube'. Dia minta aku 'swap' 'tube' dengan mesin lagi satu jika terjadi lagi kerana berkemungkinan 'rotor' 'tube' ni mungkin ada masalah.

Jadi, kesimpulannya bagi 'end-user' guna dulu dan tengok macam mana perkembangan dia....

p/s: mudah-mudahan masalah ni selesai....kalau jadi lagi, jenuh nak 'dismantle' kedua-dua 'tube' dan pasang balik...

11 Zulkaedah 1431 / 19 Oktober 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...