16 Oktober 2010

SAMBUTAN HARI JADI

Catatan Ayah


 Pagi 15/10/2010...selepas meeting pagi, kami satu 'office' meraikan Roshidah, Ah Tong dan Nadzari sempena sambutan hari jadi mereka. Mulanya cadangan nak buat hari khamis, tapi Ah Tong tak dak kat 'office' sebab ke Alor Star...jadi ambil keputusan buat hari jumaat....tapi 'last minute', Nadzari pulak tak dak sebab ke Kuala Nerang...disebabkan makanan dah ditempah...teruskan saja acara ni...

Antara menunya adalah markoni bakar....yang ditempah dari Restoran Sawaddi...sedap markoni ni...kalau ada sesiapa nak cuba rasa..boleh ke Restoran Sawaddi kat Seriab.


Selain dari tu, tempah nasi kerabu dari Binjal...nasi ni kakak ipar Mahzanee yang buat...dia meniaga nasi kerabu kat Taman Kemajuan...boleh tahan rasanya...ditambah dengan budu...marbeles..


Shidah pulak bawa bengkang dan Mat Nor bawa pisang...Antara yang ikut serta adalah Roslan SIHAT, Shukri FM dan Pouzi HOE...



Inilah orang yang diraikan...Roshidah...


Orang lama....Ah Tong...


dan Nadzari...malangnya Nadzari tak dak sebab ke Kuala Nerang...jadi Mat Nor menjadi wakil kepada Nadzari untuk terima cenderahati....


Kiranya sepagi ni semua tak buat kerja...pakat kenyang makan...lepas tu petang dok tengok belanjawan dengan FB pulak....apa-apapun asal bahagia sudah...

Lagi gambar-gambir sekitar majlis dapat dilihat di sini...

p/s: bulan depan birthday sapa pulak?..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...