30 Oktober 2010

RIDING SHOES

Catatan Ayah

Sabtu / 30 Oktober 2010

Esok aku akan bertolak ke Kajang....untuk training CT Scan kat Hospital Kajang...

Jadi...tadi basuh motor sikit...kemudian minyakkan rantai motor....serta check serba sedikit keadaan motor...

Memandangkan kasut aku pun dah tak berapa elok...jadi petang tadi aku ke Bike Station, Arau untuk beli sepasang riding shoes...




Kasut ni saiz 42...diperbuat dari kulit lembu dari Pakistan...katanya...harganya RM 390 dan selepas diskaun aku dapat RM 350....

Lagi satu...katanya kasut ni adalah jenis water-proof...esok baru boleh test sama ada water-proof ke dak...kalau dalam perjalanan aku ke Kajang esok hujan...tapi minta-minta janganlah hujan...

Semasa pakai tadi...agak selesa juga jika dibandingkan dengan riding shoes yang aku beli dulu...semasa zaman naik RXS dulu...

Website Bike Station boleh dilihat di http://www.bikestation.com.my/. Selain ada kat Arau, kedai ada kat Bangi...

Tadi...sempat juga promote mengenai seminar 'Rahsia Pelajar Juara' kat situ...jika berminat...boleh contact aku...



p/s: nampak gayanya...Bike Station kena bagi komisyen atau diskaun lebih ni kat aku...sebab aku promote barangan dari Bike Station...sebelum ni aku dah beli minyak enjin dengan minyak rantai kat situ...

22 Zulkaedah 1431 / 30 Oktober 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...