03 Oktober 2010

Ride to KL...

Catatan Ayah

Dengan lafaz "Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang...", aku mulakan perjalanan aku dengan "nawaitu" untuk berjumpa kawan-kawan lama SMTAS 88/89. Semua ni atas usaha Manaf yang mengambil inisiatif untuk menganjurkan pertemuan ini pada 2/10/2010...yang diadakan di rumahnya di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras...

Aku bertolak jam 8:30 pagi melalui Changloon. Cuaca agak baik walaupun hujan lebat malam tadi. Sedap bila 'riding' dalam suasana sejuk mendung ni. Enjin tak panas dan aku pun tak rasa penat sangat. Kenderaan tak berapa banyak dan aku berselisih ramai 'rider' yang menghala ke Thailand. Rasa-rasanya untuk 'join' Three Nation Ride kat Thailand.

Aku ingatkan suasana nyaman dan kering ni sampai ke petang, rupa-rupanya hujan ditengahari. Aku rempuh hujan dari Jitra sampai Juru. Saja tak mau berhenti tepi jalan, bukan ego tapi tak nak bazirkan masa. Sebab ada pepatah mengatakan, jangan jadi 'rider' kalau takut dengan hujan. Paling lebat aku rempuh hujan ni masa dari Alor Star sampai Sungai Petani. Habis lencun...'at last' berhenti sat kat Juru. Isi minyak dan rehat sat sebab dah rasa sejuk. Kasut pun penuh dengan air, seluar lencun...cuma baju kurang basah sebab pakai jaket...tangan apa lagi...sebab glove basah...


Kat Juru ni sempat bersembang dengan seorang Pak Cik yang sedang menunggu saudaranya...dan 'on the way' ke Parit Buntar. Juga seorang Bangla yang sedang tunggu bas...dia tanya aku bila bas akan sampai...mana aku tau sebab la ni tengah lebuhraya, ada ke bas boleh naik kat sini...aku suruh dia tunggu sajalah....

Hujan pun dah berhenti, cuma gerimis dan rintik-rintik saja, aku teruskan perjalanan aku. Kenderaan semakin banyak. Kelajuan aku cuma 'maintain' antara 140~160km/j...tak boleh laju-laju sangat sebab jalan agak basah dan kenderaan semakin banyak. Dari Gunung Semanggol hingga Tapah, cuaca semakin baik. nampak cerah saja. Sempat layan 'long corner' mendaki bukit hingga terowong Ipoh dan selepas terowong. Boleh asah tayar sikit, lama tak asah dan layan 'long corner'. Kat sini cuma 'maintain' layan 140~150 km/j saja. Akhirnya berhenti kat Tapah untuk 'top-up' minyak sikit disamping kendurkan sikit urat-saraf. Bukan apa, sebagai peringatan dari pengalaman lalu...minyak nak habis tengah jalan.


Cuaca amat baik...sempat buka stokin dan kasut untuk jemur bagi kering...Tak lama kat sini, aku sambung perjalanan aku lagi. Kali ni dengan posisi menunduk, keadaan jalan yang baik dan kenderaan yang terkawal, aku boleh 'maintain' antara 150 ~ 180 km/j. Ada sekali dua aku sesah hingga 200 km/j...tapi dengan posisi menunduk...kalau tak sakit tengkok dipukul angin..

Aku sampai KL dalam 12:30 tengahari masuk melalui Tol Jalan Duta. Lama tak melalui tol ni, selama ni aku masuk melalui Tol Kota Damansara, aku tersesat hingga ke Jalan Semarak (UTM), masuk balik ke Jalan Tun Razak, Jalan Peel, Bandar Tun Razak dan terus ke Cheras. Tapi sesat kat Alam Damai. Rugi masa aku dekat-dekat 2 jam dalam dok cari jalan. 'Ride' pun pelan-pelan kat tepi jalan tengok 'sign-board'. Peta yang aku 'print' dari Google Map langsung tak membantu. 'Last' sekali kena 'call' Manaf untuk petua jalan. Akhirnya sampai juga ke destinasi.


Ramai dah kat sana..berjumpa juga kawan-kawan lama. Tercapai juga niat untuk berjumpa depa...setelah 20 tahun tak berjumpa. Banyak berita yang disembangkan. Terima kasih Manaf kerana menjayakan program ini..Ada yang rupa dah tak berapa kenal, ada yang muka tak berubah langsung...masing-masing dah berkeluarga. Cuma tak sempat berjumpa dengan Eri dan Asri.

Tak sedar jam dah dekat 4:00 petang. Cepat rasanya masa berlalu, aku ambil keputusan untuk pulang sebab aku 'budget' untuk sampai rumah sebelum pukul 10:00 malam. Sewaktu balik tak banyak masalah kerana aku dah tahu jalan dari Bandar Tun Razak keluar ke Plus Highway. 'On the way' balik, singgah dulu kat R&R Sungai Buloh untuk sembahyang dulu...


Agak lama rehat kat Sungai Buloh ni...rehat-rehat...'on the way' balik, nampaknya banyak kenderaan kat lebuhraya. Kelajuan hanya boleh 'maintain' antara 130 ~ 160km/j saja...Tak lama berhenti sat kat KM 306.4, bawah 'fly-over' sebab kebas punggong...


Saja dok perhati kenderaan yang lalu-lalang, ramai yang laju-laju. Antara yang cukup laju adalah sebuah Skyline menghala ke utara...cukup laju, siap dengan cilok antara kereta lagi. Di sini juga bertembung dengan satu group konvoi yang menghala ke utara.

Sampai Tapah, berhenti isi minyak. kat sini sempat berjumpa dengan group konvoi tadi. Mereka dalam perjalanan balik ke Ipoh selepas ke Subang ambil motor yang baru dibeli. Lama juga bersembang dengan depa sambil minum teh tarik kat R&R Tapah.



Lepas minum-minum, aku join konvoi depa sampai Ipoh. Kelajuan kami hanya 90 ~120 km/j saja kerana motor Virago salah seorang dari mereka mengalami masalah 'jerk'...mungkin masalah 'coil'. Selain Virago, ada Shadow, GPZ1100, Vulcan 800 dan ER6n.

Dari Ipoh aku sambung 'ride' sorang-sorang lagi hingga Gunung Semanggol untuk 'top-up' minyak sikit serta minum air. Jam pun dah menunjukkan pukul 9:30 malam.

 

Kat sini, sembang bersembang dengan sorang brader dalam perjalanan dari KL ke Penang. Dia 'ride' CBR600F, 2 minggu sekali balik Penang sebab anak bini dok kat Penang dan dia dok kat KL. Lepas tu bersembang pula dengan sorang Cina, Ben nama dia dan menurutnya, dia kerja kat Cheah Motor, Klang. Dia 'on the way' ke Patalong, Thailand untuk uruskan konvoi 'tourist' ke Thailand. Sempat ke tidak tak taulah sebab menurutnya 'gate' kat Bukit Kayu Hitam tutup pukul 11:40 malam.

Aku teruskan lagi perjalanan, tapi tak boleh laju sebab jalan basah baru lepas hujan. Pandangan agak kabur sebab percikan air dari lori dan bas. Akhirnya aku sampai ke Tol Alor Star (U). Rehat sat untuk kendurkan urat. Cuacapun tak berapa elok.


Lepas rehat seketika, aku sambung lagi 'ride' aku....dan akhirnya aku sampai rumah jam 11:37 malam...


Alhamdulillah....Lengkap 'riding' aku sejauh....


dalam masa 15 jam...

Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang mendoakan keselamatan dalam perjalanan aku ni...Terima kasih juga kepada Manaf serta keluarga yang berjaya menganjurkan 'reunion' ini....Aku cukup puas hati walaupun penat kerana dapat berjumpa dengan kawan-kawan semua....kenangan indah yang tak akan dilupakan...

Lagi gambar-gambir boleh dilihat di sini...

p/s: lain kali kita buat lagi...

2 ulasan:

  1. Terima kasih Azli....kalau ada rezeki boleh join sekali lain kali...

    BalasPadam

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...