15 Oktober 2010

RAI KEJAYAAN KAKAK

Catatan Ayah


Restoran Kandis, salah satu antara restoran kegemaran aku. Tak rasa bersalah sekiranya aku cadangkan kepada sesiapa yang ingin menjamu selera kat situ. Makanannya sedap dan cepat. Belum pernah lagi kami sekeluarga kecewa dengan restoran ni.

Tengahari tadi, kakak bawa balik berita gembira sekali lagi. Kali ni merupakan kali ke-5 berturut-turut semenjak darjah satu kakak dapat nombor satu dalam kelasnya untuk peperiksaan pertengahan tahun. Alhamdulillah, aku bersyukur ke hadrat Allah Taala.


Mulanya bercadang nak makan kat restoran D'Dapur Ibuku yang baru dibuka di Taman Sentua, bersebelahan dengan UA Motor. Tapi malam ni tak beroperasi pulak. Akhirnya ambil keputusan untuk menjamu selera dan meraikan kejayaan kakak di Kandis.

Sewaktu sampai kat sana, tak berapa ramai lagi orang yang datang.


Adik, macam biasa suka merajuk. Sebab aku marahkan dia tadi dalam kereta, tak mau duduk, nak berdiri dalam kereta yang mana menyebabkan aku tak nampak cermin belakang. Jadi lepas kena marah...merajuk...ajak cakap pun tak mau...gelak pun tak mau...macam-macam...



Selepas 'order'...tak lama sampailah makanan...adik cuma makan kentang goreng saja. Tak mau makanan yang lain.


Kakak dengan nasi goreng dan air sirap bandung suamnya...saja aku tak bagi minum air yang berais....selalu sangat kalau minum minuman sejuk berais...nanti batuk tak henti-henti...


Bangcik juga dengan nasi gorengnya dan air milo panas....bangcik ni memang tak suka minuman berais...



Ibu pulak makan nasi goreng pattaya dengan teh 'o' ais...


Aku pulak cuma makan bihun kuah dan nescafe tarik jer....habis makan...terus balik rumah sebab Farhan nak datang rumah untuk ambil 'Carbon Filter'....

p/s: dalam dok makan-makan...sempat tumpang dengar orang sebelah meja dok sembang bab bela lembu...punya kuat sembang...boleh dengar satu kedai.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...