28 Oktober 2010

RAHSIA PELAJAR JUARA

Catatan Ayah

Rabu / 27 Oktober 2010

Aku baru balik dari Alor Star...hadir taklimat untuk program motivasi Rahsia Pelajar Juara...


Taklimat ini berkenaan dengan seminar yang akan diadakan pada 13 November 2010 nanti di Dewan Majlis Bandaraya, Alor Star.

Seminar ni adalah seminar motivasi untuk menerapkan nilai-nilai kejayaan dikalangan pelajar bersama Dr Niki Syuhada dan Adi Putra.



Seminar akan berlangsung selama setengah hari dan harga tiket cuma RM 55 sahaja.

Dan aku telah dilantik menjadi agen jualan tiket bagi kawasan Kangar.

Promo seminar ini akan keluar di MHI, TV3 hari ahad ini dan keluar di akhbar Metro setiap hari...

Seminar ni akan mengajar kita serta anak-anak bagaimana menggunakan keseluruhan otak kiri dan kanan kita serta formula-formula yang digunakan oleh Adi Putra untuk menyelesaikan matematik...

Maklumat lanjut boleh dilihat di http://www.drniki.com/

Aku juga akan turut serta dalam seminar ini bersama-sama anak dan isteri aku...

Marilah bersama-sama aku demi pembangunan pelajaran dan motivasi anak-anak kita semoga anak-anak kita sentiasa berjaya dalam pelajaran dan kehidupan kita selalu...

p/s: Sebagai agen, aku akan bagi potongan harga kepada kawan-kawan serta 50 pembeli tiket yang pertama....

20 Zulkaedah 1431 / 28 Oktober 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...