28 Oktober 2010

PUTING BELIUNG DI KANGAR

Catatan Ayah

Khamis / 28 Oktober 2010

Hari ni aku mula buat promosi dan sales untuk tiket Seminar Rahsia Pelajar Juara. Seminar akan diadakan di Dewan MBAS, Alor Star pada 13 November 2010. Dua ikon terkemuka akan mengajar iaitu Dr Niki Syuhada dan Adi Putra.

Dr Niki akan bagi talk dalam teknik-teknik dalam latihan penggunaan otak kiri dan otak kanan dalam pembelajaran...manakala Adi Putra pula akan mengajar teknik-teknik menyelesaikan matematik dengan cara mudah dan short-cut...dan akan menarik minat kita dan anak-anak kepada subject matematik...Banyak feedback yang positif daripada orang-orang yang aku jumpa dan promote....

Alhamdulillah...dengan niat untuk kongsi ilmu sesama Islam...inilah salah satu perjuanganku....kalau nak ikutkan komisen...tak banyak manapun....minyak motor pun tak lepas...sebab aku bagi diskaun kepada pelanggan-pelanggan aku...

Petang tadi hujan cukup lebat waktu balik kerja...Alhamdulillah...elok-elok sampai rumah...baru hujan turun...

Aku nak kongsi info yang aku terima dari Rizali (Jaio Nasir)....gambar yang dia post kat FB...iaitu gambar puting beliung yang berlaku petang tadi...

 

Gambar di atas diambil dari Taman Dato Jaafar...berlaku pada petang tadi...

Itulah kuasa Allah Taala...dan kejadian-kejadian akhir zaman...

Marilah kita sama-sama berdoa semoga kita semua terlindung dari segala bencana....

p/s: teringat kejadian tsunami yang melanda Acheh tak lama dulu...

20 Zulkaedah 1431 / 28 Oktober 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...