21 Oktober 2010

PPM LASER IMAGER FUJI

Catatan Ayah

Khamis / 21 Oktober 2010

Setelah menunggu hampir sebulan lebih, baru hari ni pihak Fuji datang untuk buat 'troubleshooting' dan 'PPM' untuk 'laser imager' model Fuji...

Ada 2 unit 'laser imager' jenama Fuji kat JPD HTF. 1 unit ada masalah 'line artifact' dan lagi satu cuma untuk buat PPM. Bukan aku tak boleh buat sendiri PPM untuk laser imager ni, cuma peralatan tak lengkap saja...

Dua orang 'engineer' dari Fuji iaitu Sofian dan seorang lagi berbangsa Cina....tak tahu pulak nama dia..Mula-mula depa buat troubleshooting untuk problem line artifact tu..


Apa yang aku nampak, problem yang terhasil tu berpunca dari debu dan kotoran yang telah masuk ke dalam mesin....satu benda yang tak boleh dihindari jika berada dalam environment yang ber air-cond.....


Pada masa yang sama, lagi satu mesin dibuat PPM..PPM pun agak senang dibuat...cuma kelebihannya depa punya manual yang boleh diikuti sebagai reference...


Apa yang aku tengok, PPM yang dibuat cuma bersihkan debu-debu yang berada dalam mesin...terutamanya yang ada pada roller, sensor dan bahagian scanner....tak ada yang special...cuma competency yang end-user tengok saja...lagi pula...depa dari vendor...tak palah....takkan semua benda aku nak buat...bagilah kat vendor setengah-setengah....

p/s: siap lagi satu PPM dan BM....tak la pening kepala sangat....cuma kena tunggu Philips mai buat setting untuk link printer dengan General Fluoro...

13 Zulkaedah 1431 / 21 Oktober 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...