16 Oktober 2010

PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERLIS

Catatan Ayah


Rasa-rasa dah hampir 20 tahun aku tak menjejakkan kaki aku ke Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Tadi buat pertama kalinya selepas 20 tahun, aku sampai di sana.

Ini adalah kerana memenuhi permintaan kakak untuk ke perpustakaan dan menjadi ahli perpustakaan sebagai hadiah dia mendapat nombor 1 dalam peperiksaan yang lepas. Alhamdulillah, permintaannya yang mudah untuk dipenuhi.

Malangnya, tiada rezeki kerana hari ni perpustakaan tutup. Takpa kakak, nanti kita pi lain...

Jadualnya adalah seperti berikut:

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis,
Jalan Penjara, 01000 Kangar,
Perlis Indera Kayangan

Telefon : 04-9764436 / Faks : 04-9760906

Waktu Perkhidmatan :
ISNIN - KHAMIS
9.00 pagi - 6.15 petang
JUMAAT
9.00 pagi - 12.00 tengahari
2.45 petang - 6.15 petang
SABTU
( Minggu Kedua & Keempat )
9.00 pagi - 5.45 petang

* Tutup pada hari Ahad dan cuti umum/am.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda dialu-alukan untuk meninggalkan jejak dan ulasan...dan seboleh-bolehnya..tinggalkan nama anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...